BENGKEL E-BUSINESS FOR BEGINNER ANJURAN BERSAMA MINI RTC TELLIAN TENGAH MUKAH

Tarikh : 9 JUN 2018
Masa : 9 pagi sehingga 12 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 14 orang peserta
Tujuan 

1. Mempelajari modul Dashboard Komuniti Myshop sebagai platform mempromosikan produk perniagaan peserta.

2. Mempelajari teknik mempromosikan produk melalui media sosial (Facebook).

3. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta yang baharu menceburkan diri dalam perniagaan online.

   
Aktiviti 

Peserta diberikan taklimat mengenai applikasi Dashboard Komuniti (DK) dan fungsi-fungsinya. Peserta diberikan latihan menggunakan salah satu cabang DK iaitu Myshop yang merupakan platform pengguna untuk memasarkan produk perniagaan kecil-kecilan. Peserta juga didedahkan dengan kemahiran menggunakan media sosial khususnya Facebook untuk mempromosikan produk-produk.

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Memantapkan kemahiran peserta dalam menguasai modul Dashboard Komuniti (Myshop).
  • Para peserta dapat menggunakan kemahiran ICT ini sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan yang memerlukan platform untuk mempromosikan produk.
  • Myshop ialah applikasi mudah yang dibangunkan untuk kegunaan ahli Pusat Internet yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Taklimat yang telah disediakan dan sampingan:

1. Taklimat Dashboard Komuniti (Myshop)

2. Taklimat Penggunaan Media Sosial

3. Taklimat Cara-cara Mendapatkan Pinjaman Bank daripada Puan Hasiah Binti Lias, Wakil Maybank Berhad.

Gambar Disini