Latar Belakang Kampung Sungai Ragei, Mukah


Sungai Ragei merupakan cabang kawasan Sungai Tellian dari hulu Kuala Terus hingga ke Kuala Mukah. Penempatan penduduk pada awalnya di sekitar Sungai Ragei dan Sungai Pegei mula bertambah selepas kedatangan dua orang pedagang dari negeri Terengganu. Dikatakan mereka telah datang ke Mukah sekitar tahun 40an dan menjual kain serta peralatan menangkap ikan kepada nelayan tempatan. Tidak dapat dipastikan nama da nasal sebenar kedua-dua pedagang tersebut kerana warga tua yang mengenali mereka ramai yang meninggal dunia.

Perniagaan mereka semakin berkembang pesat dan mereka seterusnya mencari rakan kongsi. Setelah berkahwin dengan penduduk tempatan, pengaruh agama Islam mula bertapak. Majoriti penduduk yang pada awalnya mengamalkan kepercayaan animisme sedikit demi sedikit memeluk agama Islam. Dengan bantuan orang kampung, maka terbinalah sebuah masjid telah didirikan dan dikatakan Surau Kampung Sungai Ragei merupakan surau yang terawal di Mukah.


Kini, kedua-dua kampung iaitu Kampung Sungai Ragei dan Sungai Pegei sebagai kampung rangkaian telah bergabung dan dibawah seorang Ketua Kampung yang bernama Tuan Haji Mohamad Kassim.

 

Populasi Penduduk

Lelaki

276

Perempuan

322

Jumlah

598

Purata Isi Rumah

6

 

Kumpulan Umur

 

Tahun

Jumlah

<12

212

12-17

112

18-25

75

26-40

66

41-58

94

>58

39

 

Suku Kaum

Melanau

92.5%

Iban

2.8%

Melayu

4.2%

Cina

0.5%

 

Sumber: Pejabat Daerah Mukah