KEUSAHAWANAN : THE DELICIOUS SAMBAL -EN. ABDUL RAHMAN

Nama : ENCIK ABDUL RAHMAN BIN YA’AKUB
Umur : 28 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Encik Abdul Rahman Bin Ya’akub merupakan Pengurus Pusat Internet Desa (PID) Mukah dan baru setahun bekerja di daerah ini.  Beliau mempunyai kemahiran dalam ICT.  Namun begitu, berniaga dengan menjual barang sama ada secara bukan atas talian (offline) mahupun secara atas talian (online) adalah perkara yang masih baharu bagi beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak berminat untuk melibatkan diri dengan perniagaan online dan hanya memfokuskan kepada tugasnya sebagai pengurus PID sahaja.  Beliau juga tidak mempunyai pasif income yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah sama-sama mengajar ICT bersama rakan di Pusat Internet Komuniti (PIK) beliau teringin mencuba menjalankan perniagaan online dengan menjual The Delicious Sambal, sebuah produk makanan daripada rakannya di semenanjung.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Shopee
  2. CJ Wow Shop (rancangan TV)
  3. Yezza

Pihak PIK menjemput beliau untuk sama-sama mengajar komuniti dengan membuat beberapa kelas keusahawanan seperti Shopee dan MDEC.  Dalam sesi bengkel seperti ini, beliau turut sama-sama belajar daripada peserta untuk menjalankan perniagaan online.

Sambal

ar1

ar2

Antara produk yang laris dijual oleh Encik Abdul Rahman ialah The Delicious Sambal dari semenanjung.

ar3

ar4

KEUSAHAWANAN : JUNIOR BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN KATHENINE BINTI GERUNA

Nama : PUAN KATHENINE BINTI GERUNA
Umur : 31 tahun
Ahli : 2021


Latar belakang

Sebagai surirumah sepenuh masa, Puan Kathenine menghabiskan masa seharian dengan urusan rumahtangga.  Selain, sibuk menguruskan keperluan harian, beliau turut aktif dalam media sosial dan berminat menjalankan perniagaan kecantikan.  Beliau  akhirnya membuat keputusan untuk mengikuti program kecantikan produk Mary Kay yang dipromosikan oleh kakaknya sendiri dan rakan-rakan lain di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau berminat menambahkan pendapatan keluarga dan memilih produk Mary Kay serta bekerja sebagai promoter dalam talian.  Namun, beliau tidak begitu mahir dalam bidang pemasaran.  Oleh itu, beliau menjalankan hebahan melalui jualan langsung rumah ke rumah dan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapps.  Pendapatan komisen yang diperolehi ialah sekitar RM100-200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beliau belajar kemahiran baharu dalam perniagaan Mary Kay, beliau semakin mendapat keyakinan.   Beliau belajar menggunakan Zoom Meeting dan mengasah kemahiran pemasaran bersama rakan-rakan niaga yang lain.  Beliau terus mempromosikan produk-produk Mary Kay dan kini beliau ialah Junior Beauty Consultant dengan pendapatan bersih hasil komisen ialah sekitar RM200 – RM500 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube
  6. Google Meet
  7. Zoom Meeting
  8. Tik Tok

Pihak PEDi menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Kathenine dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. PEDi menggalakkan Puan Kathenine untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya dan memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, PEDi membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/rq.rynee

kathenine02

Kathenine01

131977833_461782558555448_8625007899136971934_n.jpg

Antara produk yang laris dijual oleh Puan Kathenine ialah produk kecantikan Mary Kay.

152127001_504008200999550_1447681242651156932_n.jpg

 

 

KEUSAHAWANAN : JUNIOR BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN ELIANA BINTI ROBERT TRAWIS

Nama : Puan Eliana Binti Robert Trawis
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Bekerja di sebuah syarikat ladang komoditi sawit di Miri menyebabkan beliau tidak banyak masa yang boleh dibahagikan oleh Puan Eliana.  Beliau bekerja sebagai QC atau Pengawal Kualiti produk minyak sawit.  Pada tahun 2019, beliau telah dipelawa oleh kakaknya sendiri untuk bekerjasama menjalankan perniagaan produk kecantikan Mary Kay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Situasi pekerjaannya yang jauh dari kawasan bandar agak menyukarkannya mencari prospek pelanggan.  Puan Eliana hanya mampu untuk mempromosikan barangan Mary Kay kepada penduduk setempat dalam kawasan ladang itu sahaja.  Pada peringkat permulaan, pendapatan yang diperoleh oleh beliau sekitar RM0-RM100 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beliau belajar kemahiran baharu dalam perniagaan Mary Kay, beliau semakin mendapat keyakinan.   Beliau boleh melakukannya walaupun berada jauh daripada prospek pelanggan.  Beliau terus menerus mempromosikan produk-produk Mary Kay dan kini beliau ialah Junior Beauty Consultant dengan pendapatan sekitar RM100-RM5000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pihak PIK menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Eliana dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. PIK menggalakkan Puan Eliana untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya dan memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, PIK membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/siwart.anaile

yana-5

yana-4

yana-2

yana-3

yana-6

yana-1

Antara produk yang laris dijual oleh Puan Eliana ialah pembersih muka dan serum pelembap Mary Kay.

CELIK IT : PUAN STELLA ANAK DAVID

Nama : Puan Lennie Anak Umping
Umur : 37 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Lennie merupakan seorang surirumah. Adakalanya jika ibu bapanya tak sibuk dan boleh menjaga anak-anaknya, beliau turut bekerja untuk membantu suaminya sebagai buruh pembinaan dan bergaji hari.  Beliau mula berjinak-jinak untuk membuka syarikat kecil dalam bidang kontraktor.  Oleh itu, beliau cuba untuk meningkatkan kemahiran ICT dengan menghadiri kelas-kelas di PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Lennie tidak memiliki asas dalam komputer atau kurang mahir dalam menggunakan ICT sebagi medium komunikasi.  Kebanyakkan surat-menyurat dan dokumentasi berkenaan permohonan lesen daripada pihak berkuasa dibuat oleh rakan-rakannya dan juga mengupah orang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti Kelas Literasi ICT & Digital yang dianjurkan oleh pihak PIK, Puan Lennie semakin mahir dan mampu menguasai dengan baik perisian Microsoft Office.  Kemahiran menggunakan perisian ini sudah tentu akan memberi keyakinan dan kelebihan kepadanya apabila berkecimpung dalam bidang kontraktor kelak.

Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja.  Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti kemahiran menaip, mengisi data, dan membuat slide pembentangan. Menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta. Menyediakan sijil tamat kursus bagi membolehkan kemahiran yang dimilikinya mendapat pengiktirafan dan memudahkan urusan dalam menyediakan dokumentasi lesen perniagaannya kelak.

   Pn-lennie  IMG20201214120653

     kelas  IMG20201219112424  

Dalam bengkel ini, Puan Lennie mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet. Peserta, Puan Lennie sedang menyiapkan tugasan modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, Power Point & Publisher.

IMG20201221094006-2

Puan Lennie menerima sijil penyertaan kursus Microsoft Office 2010 (Word, Excel, PowerPoint & Publisher) yang diberi oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PIK.

KEUSAHAWANAN : INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN EMILIA BINTI ROBERT TRAWIS

Nama : Puan Emilia Binti Robert Trawis
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Emilia merupakan seorang jurutera komputer di syarikat Sarawak Energy Berhad.  Beliau merupakan anak ke-3 daripada empat orang adik beradik.  Kini beliau menetap di Kuching bersama suaminya yang turut bekerja di syarikat yang sama dan menjalankan perniagaan sampingan produk kecantikan jenama Mary Kay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2018, beliau kurang yakin dengan pelawaan rakannya untuk berkecimpung dalam perniagaan pemasaran berperingkat (multilevel marketing) untuk mempromosikan jenama produk Mary Kay.  Malahan beliau yang selalu sibuk dengan tugas jarang dapat meluangkan masa untuk meluaskan jualan menggunakan platform media sosial.  Hasil pendapatan beliau sebelumnya ialah RM0-RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mengambil keputusan untuk lebih serius dalam berniaga produk kecantikan ini dengan meluaskan promosinya dalam platform media sosialnya iaitu Facebook dan Instagram.  Setelah meningkatkan kemahiran melalui kelas-kelas secara atas talian oleh syarikat dan juga bantuan Pusat Internet, beliau berjaya meningkatkan jualan dan keuntungan dalam masa 6 bulan sahaja pada tahun 2019.  Kini beliau telah bergelar Independent Beauty Consultant dengan pendapatan sekitar RM2500-RM3000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pihak PIK menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Emilia dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. Ia juga menggalakkan Puan Emilia untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya serta memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, pihak PIK juga membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/emilia.r.trawis

INSTAGRAM PERSONAL : https://www.instagram.com/_maya_emilia/

emi 2

emi 4

emi 5

emi 1

emi 3

emi 6

PRODUK KECANTIKKAN MARY KAY YANG ADA PADA PUAN EMILIA.