Hatiyus Catering

Hatiyus Catering diasaskan oleh pemiliknya Tuan Haji Yusup bin Kassim bersama keluarga. Mereka menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada terutama mesyuarat dan acara-acara yang dianjurkan pihak agensi kerajaan dan majlis-majlis tertentu di kampung-kampung berdekatan. Operasi perniagaan mereka dilaksanakan dari rumah mereka di Kampung Sungai Ragei, Mukah.

Lokasi:
Hatiyus Catering,
No. 2, Jalan Haji Latip, Kampung Sungai Ragei,
96400 Mukah
No. Tel: 019-8171625

rumahHatiyusCatering

 

Kilang Tebaloi Asli, Tutus Hilir Mukah

Tebaloi merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau di Mukah. Ianya diperbuat daripada hasil sagu atau rumbia yang diusahakan oleh Puan Fatimah binti Shahnan terletak di Kampung Tutus Hilir Mukah yang besempadan dengan Kampung Sungai Ragei. Pengusaha telah memilih untuk menjalankan perusahaan Tebaloi kerana Tabaloi menjadi ekonomi utama keluarga mereka sejak turun temurun. Pengusaha turut merasakan Tebaloi berpontensi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hal ini kerana Tebaloi amat berpontensi sebagai makanan ringan. Diusahakan sejak tahun 1990, Puan Fatimah masih lagi menggunakan cara tradisional dalam pembuatan Tebaloi kerana cara ini akan menghasilkan rasa dan aroma Tebaloi yang lebih asli. Pengusaha Tebaloi ini menjelaskan bahawa mereka telah mendapat keuntungan yang lumayan hasil daripada jualan Tebaloi. Pengusaha Tebaloi memasarkan hasil produk mereka ke seluruh negeri Sarawak. Perusahaan mereka turut dibantu oleh kerajaan dibawah persatuan peladang dan JKKK kampung.

Lokasi Kilang:
Kilang Tebaloi Asli Mukah,
Kampung Tutus Hilir,
96400 Mukah.

KilangTebaloi

KilangTebaloi2

 

Pembuatan Perahu Nelayan, Sungai Ragei
Industri kecil-kecilan ini diusahakan seorang kontraktor tempatan Encik Mohd. Darwam. Perahu nelayan yang dihasilkan dipasarkan kepada nelayan-nelayan tempatan di Mukah. Selain membuat perahu, beliau turut menyediakan perkhidmatan membaiki perahu nelayan yang rosak atau bocor. Hasil perusahaan yang mencecah RM10 000.00 sebulan telah melonjakkan nama Encik Mohd. Darwan antara usahawan berjaya di Mukah.

Lokasi pembuatan:
Bengkel Perusahaan Perahu Nelayan,
Kampung Sungai Ragei,
96400 Mukah

TempatPembuatanPerahu1 

 

Kedai Runcit Puan Dayang Saadah bt Haji Bol

Kedai Runcit ini dibuka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 9.00 malam. Premis ini terletak di sempadan Kampung Sungai Ragei dan Kampung Tutus Hilir. Puan Dayang Saadah memaklumkan semasa ditemuramah, perniagaan runcit ini diusahakan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga. Beliau berharap pihak kerajaan dapat membantu beliau untuk menambah baik keaadaan premis kedai dan bantuan lain untuk memajukan lagi perniagaan barangan runcit di kedai beliau.

KedaiRuncit

KedaiRuncit2

 

Sumber: Pejabat Daerah Mukah
JKKK Kampung Sungai Ragei