Lokasi Daerah Mukah, Sarawak
Pentadbiran Daerah Mukah telah bermula seawal tahun 1911 yang ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah yang bernama Henry Herbert Kortright. Pentadbiran Daerah Mukah pada waktu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Ketiga. Kemudian bermula tahun 1974 hingga 28 Februari 2002, daerah ini terletak di bawah Pentadbiran Bahagian Sibu.
Persempadanan semula Bahagian dan Daerah di negeri Sarawak pada 1 Mac 2002 telah meletakkan Daerah Mukah di bawah pentadbiran Bahagian Mukah. Sebahagian daripada kawasan selatan Daerah Mukah dan Daerah Kecil Balingian telah dimasukkan di bawah pentadbiran daerah baru Selangau. Kawasan baru daerah Mukah selepas persempadanan semula adalah seluas 2,536 km persegi manakala kawasan Daerah kecil Balingian adalah seluas 1,170 km persegi.
Rajah 1 : Peta Bahagian Mukah Sarawak
Rajah 2 : Lokasi Daerah Mukah Sarawak
POPULASI PENDUDUK
Penduduk Daerah Mukah kini berjumlah 43,284 (Jabatan Perangkaan, 2010) terdiri dari masyarakat Iban (52%), Melanau (38%) Cina (7%), Melayu dan etnik lain (3%). Penduduk di Daerah Mukah kebanyakkannya bekerja dalam sektor perikanan, pertanian, perladangan kelapa sawit dan rumbia dan perniagaan sebagai sumber pekerjaan yang utama.
Bekas Pejabat Daerah Mukah yang lama semasa pemerintahan Kolonial British. Juga dikenali Fort Burdett. Semasa era Perang Dunia ke-2, pejabat ini musnah dibom tentera Jepun. Pejabat ini diubahsuai selepas itu sebelum berpindah ke Menara Pehin Setia Raja. Menariknya, bangunan ini masih menyimpan dua buah meriam yang digunakan semasa perang tersebut. Kini, terdapat beberapa agensi kerajaan masih beroperasi di sini seperti Pejabat KEMAS Daerah Mukah dan Mahkamah Majistret Mukah.
Menara Pehin Setia Raja merupakan bangunan agensi kerajaan negeri yang baru. Pejabat Daerah Mukah terletak di groundfloor bangunan ini.
AHLI PARLIMEN MUKAH / ADUN MUKAH
Ahli Parlimen
Y.B. Datuk Hanifah Hajar Taib
P. 213 Mukah
Ahli Undangan Negeri Sarawak Parlimen P.213 Mukah
Y.B. Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah
N. 56 Dalat
Y.B. Encik ROYSTON BIN VALENTINE
N. 57 Tellian
Y.B. Encik Abdul Yakub Haji Arbi
N. 58 Balingian
Sumber : Pejabat Residen Bahagian Mukah
Pejabat Daerah Mukah