Kemudahan Asas

Surau Kampung Sungai Ragei
Surau ini terletak di tengah-tengah kampung dan berhadapan dengan Sungai Tellian, Mukah. Imam di surau ini ialah Tuan Haji Awang Jubaidi bin Pengiran Sahari.
Fungsi:
• Tempat solat berjemaah
• Mengadakan majlis - majlis ilmu
• Bacaan Yassin

SurauKgSgRageiedit

Surau ini telah dimodenkan dan bertukar wajah kepada bangunan yang tegap & kekal menggunakan konkrit seperti gambar di bawah dan telah siap dibuat pada awal tahun 2017. Surau Nurul Rahmah ini telah digunakan dan dirasmikan.SURAUBARU

SURAUBARU2

BALAIRAYABELAKANG

 

Balai Raya Kampung Sungai Ragei & Kampung Sungai Pegei
Balai ini juga baru disiapkan dan digunakan pada awal tahun 2017. Air Paip ada kecuali sambungan elektrik yang masih daripada sambungan wayar dari Surau Nurul Rahmah yang depan balai raya tersebut.

 

BALAIRAYA

 

Benteng Hakisan Sungai/Tebingan Rekreasi (2014 - 2017)
Benteng ini dibina oleh pihak kerajaan untuk menghalang hakisan Sungai Tellian yang berada di hadapan Surau Sungai Ragei. Dalam masa sama, benteng ini dijadikan tebingan untuk kegiatan rekreasi seperti memancing dan aktiviti sosial lain. Turut dijadikan tempat memasang khemah jika ada program pihak surau. Tempat ini turut disediakan bangku bagi yang gemar menghirup udara segar pada sebelah petang sambil menikmati pemandangan laluan sungai.

 

BentengKgSgRageiedit

Dewan Terbuka Kampung Sungai Ragei (2021- kini)
Benteng yang lama telahpun dijadikan sebagai Dewan Terbuka Kampung Sungai Ragei yang dibina pada tahun 2020 sehingga 2021 telah siap sepenuhnya.

 DewanTerbukaKgSgRagei

Kemudahan lain yang terdapat di kampung ini ialah jaringan jalan raya kampung yang boleh menghubungkan penduduk ke Bandar Mukah. Selain itu, bekalan elektrik dan bekalan air bersih juga sudah dinikmati oleh penduduk kampung. 

 

Kemudahan Tebingan Sungai untuk persinggahan perahu nelayan

TebinganSgedit

Kemudahan jalan raya

 PIASeditJlnKpgSgRageiedit

Kemudahan bekalan elektrik

 KemudahanElektrikedit

 

 Pejabat Pos Daerah Mukah & Dalat

(AKAN DIKEMASKINI)

 

Sumber: JKKK Kampung Sungai Ragei, Mukah

Pejabat Daerah Mukah