Lamin Dana


Lamin Dana dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud Rumah Lama. Lamin Dana merupakan gabungan rumah persinggahan pelawat dan pusat kebudayaan. Terletak di Kampung Tellian dan kira-kira 3km dari Kampung Sungai Ragei, sememangnya Lamin Dana memang terkenal dalam kalangan pelancong yang datang ke Mukah. Sejak ditubuhkan pada 1999 oleh Diana Rose dan keluarga, pengunjung yang telah datang ke sini direkodkan lebih 4000 orang dari dalam dan luar negara. Lamin Dana bukan sahaja menawarkan tempat menginap (homestay) tetapi ianya juga merupakan pusat perkembangan budaya kaum Melanau di mana anak-anak diajar mengenai seni dan kraftangan tradisional bagi membantu mereka menambah pendapatan sampingan. Rumah ini direkabentuk seperti rumah orang Melanau dahulu kala menggunankan kayu yang terbaik bagi mengekalkan keutuhannya. Lamin Dana turut menyediakan hidangan makanan tradisional seperti tebaloi, sagu, keliseh, umai, pipuih selain aktiviti seperti menaiki bot dan berjalan sekitar kawasan paya bakau.

Pakej Penginapan
Lamin Dana mempromosi beberapa pakej pelancongan seperti 3 hari 2 malam Lamin Dana Cultural Tour, 2 hari 1 malam Lamin Dana Mangrove Tour, 3 hari 2 malam Kaul Festival Tour dan Lamin Dana Day Tour. Harga bernilai RM80 seorang sehingga RM400 seorang.

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 8.00 pagi-5.00 petang
Sabtu-Ahad: (berdasarkan tempahan dan permintaan)

 

Alamat: Lamin Dana, Kampung Tellian, 96400 Mukah
No. Tel: 084-871543
Web: www.lamindana.com

 Lamin Dana

 

Jerunai/Kelidieng

Jerunai atau Kelidieng merupakan tempat menyemadikan golongan bangsawan atau aristokrat zaman dahulu. Pada zaman dahulu, jerunai dijadikan tempat persemadian terakhir untuk golongan aristokrat kaum Melanau atau golongan raja, bangsawan, pemimpin-pemimpin besar dan saudagar-saudagar yang bersifat dermawan kepada masyarakat ini. Jerunai hanya diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun. Pada tiang jerunai, dikorek dua atau tiga lubang. Lubang di bahagian bawah dan tengah dikhaskan untuk menempatkan mayat atau rangka tulang si mati dan barangan bernilai sebagai bekalan di alam lain. Sementara, lubang di bahagian atas dikhaskan kepada hamba abdi atau orang-orang yang dipilih khas oleh si mati (golongan aristokrat) sewaktu hidupnya. Di bahagian luar tiang jerunai biasanya dilakar indah ukiran bermotifkan binatang seperti naga, harimau, ular, tikus dan sebagainya tertakluk kepada kedudukan pemiliknya.
Hari ini, jerunai boleh dilawati di Taman Poket Daerah Dalat dan 2 buah di Kampung Tellian, Mukah bila-bila masa dan tiada bayaran dikenakan.

JeruneiJerunei2

 

Pantai Kaul, Taman Kala Dana Mukah

 

Pesta Kaul Mukah
Penganjur: Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan
Tarikh: Tidak tetap tetapi diadakan hujung bulan April setiap tahun (ikut tradisi selepas musim menuai dan menangkap ikan nenek moyang orang Melanau)
Anggaran Pengunjung Setiap Tahun: 50 000 orang

Aktiviti:
1. Acara Kebudayaan
2. Sukan Rakyat
3. Tarian tradisional
4. Makanan tradisional
5. Pameran korporat
6. Gerai jualan dan pameran
7. Masakan
8. Hiburan Artis dll.

 Perarakan SerahangPermainan TibowPermainan Sukan Pesta Kaul

Pantai Kaul yang terletak di Taman Kala Dana Mukah merupakan tapak bagi pesta tahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Melanau Mukah iaitu Pesta Kaul Mukah. Pantai ini telah dinaiktaraf sebagai tapak pesta ini oleh pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sebagai salah satu produk pelancongan acara di Bahagian Mukah. Setiap tahun, iaitu pada penhujung April, puluhan ribu pengunjung akan datang bagi menyaksikan Pesta Kaul Mukah yang memnghimpunkan acara kebudayaan, pameran dan gerai jualan.

Sumber: Tourism Task Group, Pejabat Residen Bahagian Mukah