Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

hfmd poster

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1.    Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2.    Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD;

3.    Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4.    Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5.    Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6.    Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Klinik 1Malaysia

Klinik 1Malaysia ini terletak di bangunan kedai,Pasar Lama Mukah dan jaraknya kira-kira 2km dari Kampung Sungai Ragei, Mukah. Klinik ini mula beroperasi pada tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Toyad, Ahli Parlimen P.213 Mukah.

Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad: 9.00pagi-9.00malam (setiap hari termasuk cuti pelepasan am berkuatkuasa pada 18 Disember 2013.)

 Klinik1Malaysiaedit

 

Hospital Mukah
Blok baru hospital Mukah telah dirasmikan oleh YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad pada 7 Ogos 1993 yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan. Hospital Mukah merupakan nadi utama bagi penduduk tempatan untuk mendapatkan rawatan dan rujukan kesihatan.

 

Urusan Perkhidmatan Kaunter:
Isnin-Khamis
7.30pagi-12.15tgh hari
1.45ptg-4.30ptg

 

Jumaat
7.30pagi-11.45pagi
2.00ptg-4.00ptg

 

Tutup untuk Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum.

 

HospitalMukahedit

 

Sumber : Pejabat Daerah Mukah