Ibupejabat Polis Daerah Mukah


IPD Mukah terletak di Bandar Mukah dan jaraknya kira-kira 3km dari Kampung Sungai Ragei, Mukah. IPD Mukah bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam di Mukah. Pihak polis sentiasa mengetatkan kawalan dan rondaan bersepadu di seluruh kawasan Mukah bagi mengurangkan kes-kes jenayah. Terdapat beberapa unit seperti Unit Pengurusan, Unit Trafik, Unit Narkortik dan Unit Siasatan Jenayah. Ketua Polis di IPD Mukah ialah DSP Omar Bakhtiar b. Yaacob.

Alamat : Ibupejabat Polis Daerah Mukah, Jalan Kubu, 96400 Mukah, Sarawak.
No.Tel: 084-871222

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah
Kampung Sungai Ragei juga dekat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jarak antara kampung dengan Jabatan Bomba ialah kira-kira 3km.

 

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Ragei dan Kampung Sungai Pegei.
KRT kawasan ini diketuai oleh Encik Latip Haji Mawi. Anggota yang menyertai KRT dikawasan ini berjumlah 20 orang. Mereka menjalankan tugas membuat rondaan di kawasan sekitar kampung.

 

 

Sumber:  Pejabat Daerah Mukah

JKKK Kampung Sungai Ragei