BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI (MYPLACE) UNTUK SUKARELAWAN PUSAT INTERNET 

Tarikh : 6 JULAI 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Mempelajari cara-cara mengisi maklumat dan info berkenaan tempat menarik di Mukah.

2. Menggalakkan sukarelawan mengenali tempat dan produk menarik di sekitar komuniti untuk membantu mereka meningkatkan sosioekonomi.

3. Melatih sukarelawan membuat aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan berkhidmat kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta diberikan taklimat mengenai applikasi Dashboard Komuniti(DK) dan fungsi-fungsinya. Peserta juga diberikan latihan menggunakan salah satu cabang DK iaitu Myplace yang merupakan platform untuk pengguna memaparkan info menarik dan produk menarik mereka. Selain itu, peserta juga diberi latihan untuk mengisi MyPlace untuk memberi tunjuk ajar kepada pengguna lain.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Memantapkan kemahiran peserta dalam menguasai modul Dashboard Komuniti (Myplace)
  • Para peserta dapat memberikan bantuan kepada usahawan atau peniaga yang ingin mempromosikan tempat menarik dan produk menarik mereka dalam talian.
  • Myplace ialah applikasi mudah yang dibangunkan untuk kegunaan ahli PI yang berminat memaparkan kedudukan premis atau tempat berniaga mereka dalam talian agar senang untuk diakses.

Gambar Disini


PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN

Tarikh : 23 JULAI 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Gelanggang Futsal Kampung Tellian Tengah, Mukah
Peserta : 30 orang peserta
Tujuan 

1. Mengisi masa lapang pelajar-pelajar sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.

2. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli Pi dan masyarakat luar.

3. Mewujudkan kesedaran berkenaan penggunaan Internet dengan secara bijak oleh belia melalui ceramah.

   
Aktiviti 

Peserta membentuk pasukan masing-masing yang terdiri daripada 6 pasukan bertanding. Dimulai dengan ceramah KDB selama 1 jam dan selepas itu pertandingan dimulakan. Pasukan jemputan ialah pasukan daripada belia kampung Tellian Tengah.

Kebaikan aktiviti ini adalah :

  • Mewujudkan kerjasama berpasukan;
  • Dapat memperkenalkan PI kepada komuniti luar;
  • Mengisi masa lapang dengan berfaedah;
  • Bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan yang baik.

Gambar Disini