Kelas Pemantapan Microsoft Word Pelajar Elektrik Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah 

Tarikh : 5 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 14 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran pelajar jurusan Elektrik untuk dalam menguasai aplikasi Microsoft Word.

2. Memberikan input tambahan kepada para pelajar jurusan Elektrik.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet.

4. Meningkatkan keahlian Pusat Internet.

   
Aktiviti 

Kelas bimbingan telah dijalankan oleh tenaga pelajar PPKS iaitu Encik Ajiji sambil dibantu oleh petugas Pusat Internet. Para pelajar diberikan tugasan untuk menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Para peserta dapat membezakan cara penulisan surat rasmi dengan surat tidak rasmi.

  • Pelajar dapat mempelajari berkenaan format tulisan yang digunakan, saiz dan fungsi-fungsi dalam Microsoft Word.

  • Menggunakan kemudahan di Pusat Internet dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan tanpa bayaran.

Gambar Disini


Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Pusat Internet Kampung Sungai Ragei dan Kawasan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah

Tarikh : 14 November 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah
Peserta   : Sekitar 80 orang 

Tujuan 

1. Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar premis Pusat Internet.

2. Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet.

4. Meningkatkan keahlian Pusat Internet.

   
Aktiviti 

Aktiviti pembersihan dijalankan untuk membersihkan kawasan sekitar yang melibatkan kira-kira 80 orang peserta terdiri daripada para pelajar PPKS dan ahli-ahli Pusat Internet serta penduduk tempatan. Antara aktiviti pembersihan yang dijalankan ialah mengutip sampah sarap, mencabut rumput dan membersihkan longkang. Pertandingan Mengutip Sampah Terberat turut diadakan untuk menggalakkan peserta lebih bersemangat untuk bergotong-royong. Selain itu, senam robik dan zumba juga turut diadakan selepas aktiviti utama dilakukan.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Menjaga kebersihan alam sekitar daripada sebarang pencemaran untuk mengelakkan sebarang penyakit yang menjejaskan kesihatan.

Gambar Disini


Bengkel Pemantapan Minit Mesyuarat

Tarikh : 16 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah
Peserta   : 90 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat minit mesyuarat.

2. Memberikan input berkenaan format terkini minit mesyuarat dan kesesuaian dengan pengurusan.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet. 

4. Menggalakkan peserta untuk belajar membuat pelbagai kerja(multitasking).

   
Aktiviti 

Program ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Internet dan pihak PPKS.  Pengurus Pusat Internet dijemput untuk memberikan taklimat mengenai minit mesyuarat. Program dihadiri oleh semua pelajar dan staf PPKS seramai 90 orang. Taklimat mengenai cara-cara penulisan minit mesyuarat yang betul dan menerangkan contoh-contoh penulisan yang baik.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Para peserta dapat membezakan minit mesyuarat pengurusan dan minit tindakan.

  • Para peserta mendapat kemahiran penulisan minit yang baik dan berkesan serta komprehensif.

Gambar Disini



ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (TRAIN THE TRAINER-PENOLONG PENGURUS PI KLUSTER MUKAH DAN DALAT)

Tarikh : 17 November 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Jebungan, Mukah 
Peserta   : 6 orang petugas
Tujuan 

1. Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas Pusat Internet.

2. Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi.

   
Aktiviti 

Jadual Program : 

 MASA   AKTIVITI
 9.30 pagi  Pendaftaran
10.00 pagi – 12.00 tengahari 

 Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak oleh

Marcos Jalak (Pengurus PI Sg Ragei)

12.00 tengahari Sesi Soal Jawab
12.30 tengahari Sesi Bergambar dan Bersurai

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas PI.

  • Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi

Gambar Disini


 ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (TRAIN THE TRAINER-PENGURUS PI KLUSTER MUKAH DAN DALAT)

Tarikh : 25 November 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei, Mukah 
Peserta   : 8 orang petugas
Tujuan 

1. Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas Pusat Internet.

2. Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi.

   
Aktiviti 

Jadual Program : 

 MASA   AKTIVITI
 2.00 petang  Pendaftaran
2.30 petang – 4.30 petang 

 Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak oleh

Marcos Jalak (Pengurus PI Sg Ragei)

4.30 petang Sesi Soal Jawab
5.00 petang Sesi Bergambar dan Bersurai

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas PI.

  • Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi

Gambar Disini