Program Klik Dengan Bijak (KDB Advokasi) Ceramah Menangani Keganasan Siber dan Buli Siber

Tarikh : 4 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 12 orang 
Tujuan 

1. Mewujudkan kesedaran kepada remaja mengenai ancaman dalam Internet.

2. Menerapkan nilai bertanggungjawab dalam kalangan remaja dalam melayari Internet.

3. Mengenalpasti ciri-ciri keganasan siber dan buli siber.

   
Aktiviti 

Taklimat pengenalan KDB Advokasi untuk 2019 telah disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PI Kg Sg Ragei.Tajuk ceramah yang dipilih ialah tajuk yang sesuai dengan tahap umur para peserta. Selain mendengar ceramah, kuiz secara spontan juga diadakan bagi memantapkan pemahaman peserta berkenaan tajuk ceramah.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar dan remaja akan bahaya keganasan siber dan buli siber.

  • Dapat membantu peserta mengenali ciri-ciri keganasan siber dan buli siber dan belajar bagaimana mengelakkannya berlaku pada diri.

Gambar Disini


BENGKEL E-CAREER (RESUME & COVER LETTER)

Tarikh : 6 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 13 orang 

Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengolah resume dan cover letter.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta semasa memohon pekerjaan.

3. Memberikan pendedahan berterusan kepada peserta mengenai keperluan dalam bidang pekerjaan.

4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi luar dalam menganjurkan program.

   
Aktiviti 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina Stephen, Penolong Pengurus PI Kg Sg Ragei.Para peserta seterusnya membuat sendiri resume dan cover letter yang komprehensif berdasarkan modul yang telah diajar.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Bengkel ini diharap dapat membantu para peserta khasnya pelajar-pelajar yang akan berada dalam dunia pekerjaan selepas ini.

  • Aktiviti ini juga diharap memberikan kemahiran tambahan kepada pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran.

  • Aktiviti ini juga menjadi platform untuk PiM bekerjasama dengan institusi pengajian tinggai dan pusat kemahiran.

Gambar Disini