KELAS ICT - MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWER POINT, PUBLISHER) DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 SECARA PERSENDIRIAN
Tarikh | : 1 Julai 2019 - 25 Julai 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 5 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 5 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membimbing peserta meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Word. 2. Meningkatkan kemahiran peserta dan melengkapkan mereka dengan kemahiran asas komputer untuk kegunaan mencari pekerjaan. 3. Melahirkan komuniti yang bijak ICT dan mampu mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dengan komuniti luar bandar. 4. Membimbing wanita atau suri rumah untuk belajar ICT. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Word kepada para peserta. Petugas membimbing asas Microsoft Word kepada para peserta. Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt. Selain itu, petugas juga membimbing asas Adobe Photoshop kepada peserta. Antara yang telah dipelajari ialah asas dan fungsi setiap butang dalam Adobe, Texting dan suntingan imej. Selain itu, mereka diajar untuk mengemaskini emel, resume dan mencetak hasil kerja. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
PROGRAM SAHABAT B.I.J.A.K : "SAFE AND PROTECT"
Tarikh | : 13 Julai 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SMK Mukah |
Peserta | : 340 pelajar sekolah menengah |
Tujuan | |
1. Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak sama ada secara fizikal mahupun secara atas talian khususnya pelajar sekolah. 2. Memberi kesedaran kepada ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 3. Memberi pendedahan literasi undang-undang kepada semua pihak berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak. 4. Mendedahkan kepada kanak-kanak, ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang bentuk-bentuk bantuan yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak. |
|
Aktiviti | |
Program ini melibatkan perlbagai agensi NGO dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah dan Pusat Internet Zon Mukah dan Dalat. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program adalah :
Antara aktiviti sampingan daripada Pusat Internet Zon Mukah dan Dalat adalah :
Kebaikan program tersebut ialah :
|
|
KELAS BIMBINGAN DASHBOARD KOMUNITI (DK)
Tarikh | : 23 Julai 2019 - 27 Julai 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 20 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membimbing belia untuk mengemaskini Dashboard Komuniti (DK). 2. Memberikan tunjuk ajar cara-cara mengisi applikasi DK seperti Mysoal, Mykomuniti dan Myshop. 3. Memperkasakan peranan Pi dalam membantu komuniti setempat meningkatkan sosioekonomi. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing dan menerangkan kepada para peserta berkaitan Dashboard Komuniti iaitu MyKomuniti, MySoal, MyShop & MyPlace. Antara aktiviti sampingan adalah mencari bahan-bahan untuk perkongsian dalam Internet. Contohnya, mutiara kata harian untuk diletakkan dalam Mykomuniti. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
JELAJAH ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK P.I ZON MUKAH
Tarikh | : 26 Julai 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Dewan Kuliah Utama,Politeknik Mukah |
Peserta | : 111 orang peserta belia |
Tujuan | |
1. Memperkenalkan Pusat Internet kepada pelajar semester 1; 2. Penerangan mengenai risiko dalam talian (buli siber, maklumat palsu, penipuan kewangan & oversharing); 3. Memperkenalkan aplikasi Sebenarnya.my |
|
Aktiviti | |
Program ini melibatkan Pusat Internet Zon Mukah dan Dalat dengan mengadakan Takilimat Advokasi Klik dengan Bijak kepada peserta. Tentatif Program :
Antara tajuk-tajuk Taklimat Advokasi KDB ini yang diadakan adalah :
Antara aktiviti sampingan daripada Pusat Internet Zon Mukah dan Dalat adalah :
Kebaikan program tersebut ialah :
|
|