PROMOSI SIARAN DIGITAL MYFREEVIEW
Tarikh | : 13 September 2019 & 21 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei dan perkampungan sekitar Pusat Internet |
Peserta | : 40 orang peserta dan komuniti setempat |
Tujuan | |
1. Memberikan taklimat berkenaan penukaran siaran analog kepada siaran digital kepada komuniti seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 2. Menyampaikan mesej kebaikan menggunakan siaran digital dan cara-cara pemasangan MYTV. 3. Memberikan galakkan kepada komuniti setempat untuk menukar siaran kepada siaran digital sebelum 31 Oktober 2019 bagi Sabah dan Sarawak. |
|
Aktiviti | |
Promosi ini dilakukan oleh petugas Pusat Internet dengan mengedarkan risalah dan brosur Myfreeview kepada komuniti setempat. Selain itu, petugas dan salah seorang ahli sukarelawan pergi menggantung kain rentang promosi di sekitar kampung berdekatan. Taklimat myfreeview semasa Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet juga telah dilakukan untuk promosi MYTV ini. Kebaikan promosi tersebut ialah :
|
|
UJIAN ONLINE SPA DAN PORTAL-PORTAL PENCARIAN KERJA
Tarikh | : 18 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet (Pi) Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 4 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membantu komuniti mendapatkan pekerjaan melalui bimbingan penggunaan laman web carian kerja. 2. Merapatkan hubungan dengan komuniti setempat dan agensi kerajaan. 3. Memberikan peluang kepada komuniti untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet. |
|
Aktiviti | |
Dengan adanya Pusat Internet Kg Sg Ragei, komuniti setempat dapat mengambil ujian SPA secara online selain daripada bimbingan penggunaan laman web e-kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Petugas Pusat Internet juga dapat membantu calon membuat persediaan menjawab soalan seperti mewujudkan keadaan selesa, menyediakan kertas dan pensel tambahan (jika perlu). Kebaikan aktiviti ini ialah :
|
|
PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET SUNGAI RAGEI 2019
Tarikh | : 21 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 3.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sg Ragei |
Peserta | : 131 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mempromosikan Perkhidmatan Pusat Internet Kepada Komuniti Setempat. 2. Meningkatkan Keahlian Pusat Internet. 3. Menggalakkan Komuniti Terlibat Dalam Dashboard Komuniti Dan Program Klik Dengan Bijak. 4. Menjalin Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Luar Dalam Menganjurkan Program. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti Utama adalah seperti berikut :
Aktiviti sampingan pula adalah :
Kebaikan program ini diadakan ialah :
Peserta yang menyertai aktiviti tersebut adalah terbuka kepada penduduk setempat terutama pelajar-pelajar institut kemahiran – Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah, kanak-kanak Tabika KEMAS Penakub Permai dan ahli-ahli Pusat Internet serta agensi-agensi yang dijemput. |
|
LAWATAN TABIKA KEMAS PENAKUB PERMAI SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI ANJURAN PUSAT INTERNET SUNGAI RAGEI
Tarikh | : 25 September 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 27 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan galakkan kepada kanak-kanak untuk menggunakan ICT dalam era digital; 2. Merapatkan hubungan dengan komuniti setempat dan agensi kerajaan; 3. Memberikan peluang kepada komuniti untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet. |
|
Aktiviti | |
Lawatan ini dijemput oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei sempena Hari Bersama Komuniti pada 21 Oktober yang lalu dengan menerangkan taklimat mengenai Dashboard Komuniti (DK) kepada guru-guru Tabika dan Penggunaan Komputer kepada Kanak-kanak yang terdiri daripada 27 orang peserta yang merupakan peserta Pertandingan Mewarna Online. Peserta mengikut giliran untuk menyertai pertandingan berdasarkan hanya 20 unit komputer yang ada di Pusat Internet dan baki peserta menonton tayangan video Upin dan Ipin di Youtube. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|