KELAS MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) SECARA PERSENDIRIAN

Tarikh : 8 Oktober 2019 - 29 Oktober 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 5 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Membimbing peserta meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Word.

2. Meningkatkan kemahiran peserta dan melengkapkan mereka dengan kemahiran asas komputer untuk kegunaan mencari pekerjaan.

3. Melahirkan komuniti yang bijak ICT dan mampu mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dengan komuniti luar bandar.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Word kepada para peserta. Petugas membimbing asas Microsoft Word kepada para peserta.  Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt. Selain itu, petugas juga membimbing Microsoft Excel, Powerpoint & Publisher kepada peserta. Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt serta Formula Data dalam Microsoft Excel

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Membimbing wanita, lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan memfokuskan modul-modul pembelajaran yang sesuaian dengan keperluan pekerjaan dan keperluan semasa.

  • Meningkatkan kemahiran ‘multitasking’ dalam kalangan peserta sekaligus dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam mencari pekerjaan selepas ini.

  • Memfokus kepada keperluan menguasai asas komputer dan applikasi yang mudah bagi melengkapkan pengetahuan digital secara keseluruhan dalam kalangan peserta

Gambar Disini


BENGKEL MICROSOFT POWER POINT PELAJAR JURUSAN ELEKTRIK PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) KAMPUS MUKAH

Tarikh : 15 Oktober 2019 & 16 Oktober 2019
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 25 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kecekapan para pelajar menggunakan Microsoft Power Point dan membina persembahan yang menarik.

2. Mengajar kemahiran asas menggunakan Microsoft Power Point 2010.

3. Membantu pelajar menyiapkan tugasan dan menjadi pemudahcara bagi pelajar mendapatkan info dan bahan.

   
Aktiviti 

Para pelajar PPKS Jurusan Elektrik mengambil tempat masing-masing untuk menyiapkan tugasan pembentangan yang diberikan. Dengan bantuan Internet dan sumber daripada Youtube, para pelajar berjaya menghasilkan persembahan yang baik ditambah pula dengan bantuan rakan-rakan lain yang lebih mahir dalam kumpulan. Para pelajar juga memanfaatkan pita pengukur ketinggian yang disediakan di Pusat Internet (MyHealth) untuk mengukur ketinggian masing-masing yang merupakan sebahagian info mengenai diri yang perlu dimasukkan dalam tugasan. Para pelajar digalakkan menggunakan internet untuk merujuk nota dan tips yang tertentu seperti Youtube dan laman web mengenai cara-cara menghasilkan persembahan yang menarik.

Antara aktiviti sokongan iaitu Taklimat pengenalan Pusat Internet, Taklimat ringkas mengenai asas Microsoft PowerPoint 2010 dan Pembentangan hasil kerja atau refleksi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (Pi) dengan komuniti setempat.

  • Memberikan perkhidmatan kepada komuniti menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan/institusi pendidikan.

  • Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan ICT.

  • Meningkatkan jumlah ahli Pusat Internet dan pengguna Dashboard Komuniti

Gambar Disini


TAKLIMAT MALAYSIAN ICT VOLUNTEERS (MIV) WITH DTT
 
Tarikh 19 Oktober 2019
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet (Pi) Oya, Dalat
Peserta   : 21 orang peserta 
Tujuan 

1. Menyampaikan maklumat berkenaan Analogue Switch-Off (ASO) dan DTT kepada sukarelawan seterusnya disampaikan kepada komuniti.

2. Memberikan panduan pemasangan myFreeview dan MYTV.

3. Mempromosikan kelebihan penggunaan DTT berbanding siaran analog kepada komuniti tempatan

   
Aktiviti 

Encik Shaiful, Pen. Pengarah MCMC Bintulu telah memberikan taklimat mengenai MIV dan DTT/ASO kepada para peserta yang terdiri daripada sukarelawan terpilih dari Kluster Mukah dan Kluster Tanjung Manis. Para peserta memberikan tumpuan kepada aktiviti sukarelawan yang dibentangkan dan teruja dengan kemahiran baharu yang bakal diperolehi mereka. Selepas selesai taklimat dan jamuan, para peserta bergambar beramai-ramai bersama Encik Shaiful dan Cik Evonne sebagai tanda kenang-kenangan.

Kebaikan taklimat ini ialah :

  • Membina jaringan kerja yang lebih luas bersama komuniti seperti kawan baharu dan prospek baharu.

  • Memberi peluang kepada para peserta untuk belajar mengenai kemahiran baharu di samping bertukar-tukar idea dengan peserta lain.

  • Meningkatkan kepaduan resume peserta dan penting untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau kenaikan pangkat apabila kerap menyertai aktiviti kesukarelawanan.

Gambar Disini