KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 5 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kg Sg Ragei
Pelawat   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu lepasan IPT/Institut kemahiran meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidamatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai. Petugas Pi membantu membimbing peserta mengisi maklumat dalam portal pekerjaan Sarawak Energy Berhad dan Mukah Power Generation.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran lepasan sekolah dan belia serta ahli Pi.

Gambar Disini


KEMPEN MOBILE E-WASTE
Tarikh : 7 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Mewujudkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan mengitar semula telefon bimbit terpakai.

2. Meningkatkan kefahaman komuniti khasnya belia mengenai kempen mobile e-waste.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat pengumpulan gajet terpakai.

   
Aktiviti 

Petugas Pi merekod dan mendaftar nama penyumbang gajet kempen mobile e-waste lalu memberikan saguhati kepada penyumbang gajet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kefahaman komuniti mengenai kempen Mobile e-Waste.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.

Gambar Disini


BENGKEL RESUME DAN UPU ONLINE

Tarikh : 11 Mac 2020 & 13 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 7 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu lepasan sekolah mengisi borang kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Kemahiran melalui UPU.

2. Membimbing lepasan sekolah untuk membuat resume dan surat permohonan jawatan.

3. Memperkenalkan perkhidamatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Taklimat UPU online & e-Career oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei. Selepas taklimat, peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai.Selain itu, petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam UPU secara atas talian dan membimbing para peserta memilih kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA/Institut Kemahiran berdasarkan kelayakan dan minat peserta.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran lepasan sekolah.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER
Tarikh : 13 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi - 12 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 20 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu para belia  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai yang dibantu oleh Encik Marcos. Petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam portal pekerjaan Sarawak Energy Berhad dan Mukah Power Generation. Selain itu, peserta mengambil perkhidmatan mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta untuk mengisi jawatan kosong tertentu.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini