BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN (SIRI 3) 

Tarikh : 1 Oktober 2020 - 25 Oktober 2020
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya wanita atau suri rumah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan kepada semua golongan komuniti yang berminat. Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan. Antara aktiviti sokongan yang dilakukan semasa bengkel ini adalah mendaftar ahli baharu, memuatturun Aplikasi Dashboard Komuniti (DK), taklimat ringkas mengenai Dashboard Komuniti (DK), & taklimat KDB Advokasi.

Kebaikan bengkel ini ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN SHOPEE

Tarikh : 6 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk.

2. Menyediakan peluang kepada peserta untuk meluaskan pasaran produk melalui program pemasaran Shopee.

3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei telah memberikan penerangan lanjut mengenai kaedah membuka akaun Shopee menggunakan PC.  Encik Osman dan isterinya telah memilih gambar-gambar produk di dalam telefon pintar masing-masing untuk dimuatnaik dalam akaun Shopee masing-masing.Pusat Internet mengadakan kelas Shopee untuk usahawan baharu dan membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Petugas juga mengajar para pelajar dalam merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Selain itu, antara aktiviti sampingan iaitu mengedarkan brosur KDB Advokasi selepas tamat kelas dan melaporkan aktiviti keusahawanan dalam portal dan platform media sosial rasmi PIK.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Para peserta dapat mewujudkan platform baharu dalam pemasaran produk khasnya dalam bidang digital.

  • Produk jualan peserta dapat dikenali dengan lebih mudah dan luas.

  • Meningkatkan jualan dan menambahkan pendapatan tambahan kepada peserta ketika menghadapi pandemik COVID-19.

  • Mewujudkan kerjasama PI dan mengukuhkan PI sebagai pusat keusahawanan penduduk setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 14 Oktober 2020 & 15 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 5 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu belia dan lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing peserta menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidamatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mengajar peserta dengan mendaftar Sarawak ID dan mendaftar dalam portal Sarawak E-Recruitment selain memberi bimbingan kepada peserta mengenai langkah-langkah mengisi permohonan dalam sistem online tersebut. Petugas juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Pusat Internet. Selain itu, petugas mengajar peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan belia.

Gambar Disini


LAWATAN PUSAT INTERNET DESA (PID) MUKAH

Tarikh : 23 Oktober 2020
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang petugas Pusat Internet Desa 
Tujuan 

1. Menjalin kerjasama strategik agensi yang berkaitan untuk merancang dan membangunkan agenda digital komuniti.

2. Menyelaraskan peranan dan dan tanggungjawab bersama dalam membuat program-program berteraskan ICT.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pi kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei telah memberikan penerangan lanjut mengenai ringkasan pengenalan PIK, peranan dan perkembangan semasa PIK. Selain itu, pihak PID memberi taklimat ringkas mengenai PID Mukah yang baru dibuka pada Ogos tahun ini dan ingin menjalankan kerjasama program-program berkaitan usahawan dan ICT untuk komuniti setempat.

Kebaikan daripada lawatan tersebut ialah :

  • Membantu kedua-dua pihak menyelaras program-program ICT secara bekerjasama.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


SESI RAKAMAN VIDEO TRUTH CAMPAIGN OLEH MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) PUSAT INTERNET KOMUNITI SUNGAI RAGEI

Tarikh : 24 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Menyebarkan mesej mengenai kempen Klik Dengan Bijak (KDB) menerusi “Truth Campaign).

2. Mendidik masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu dan hanya menulis perkara yang benar di media sosial.

3. Memberikan penerangan mengenai kesan buruk membuat pernyataan palsu dan bercerita bohong.

4. Menggalakkan belia menceburi bidang kesukarelawanan.

   
Aktiviti 

Video ini bertujuan untuk menghuraikan cara mengendalikan maklumat yang tersebar dengan kaedah S.U.R.E di bawah topik maklumat palsu dan mempromosikan portal SEBENARNYA.MY kepada masyarakat. Selain itu, Pusat Internet juga menyediakan laporan aktiviti kepada pihak MCMC. Cik Ryanna dan Cik Intan berbincang mengenai nota dan skrip yang akan dihuraikan dalam rakaman video ini nanti. Kedua-dua peserta MIV secara bergilir-gilir menerangkan mengenai kaedah S.U.R.E ketika menerima sesuatu maklumat yang tersebar. Rakaman ini diketuai oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus dan dibantu oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus PIK Sungai Ragei.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi peluang kepada MIV untuk menyebarkan mesej melalui rakaman video dan mempromosikannya di platform media sosial.

  • Menambah pengetahuan baharu dalam bidang penyampaian maklumat secara digital.

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan masing-masing dalam membentuk komuniti pintar ICT.

Gambar Disini