BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN – SIRI 5

Tarikh : 5 APRIL 2021 - 16 APRIL 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 1.00 petang & 2.30 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam cabaran dunia pekerjaan.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Peserta adalah ahli baru dan terus belajar modul-modul yang diminta seperti modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Microsoft Word adalah wajib dikuasai oleh para peserta memandangkan ianya adalah asas kepada pembelajaran modul-modul lain. Petugas mengajar cara-cara memuatnaik gambar dalam carian internet dan konsep Copy & Paste.

Kebaikan daripada bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta sesuai dengan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian komputer secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME DAN SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN

Tarikh : 14 APRIL 2021 - 15 APRIL 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif serta surat permohonan yang baik.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta belajar membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai. Petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam portal Sarawak e-recruitment, Job Malaysia dan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta lalu mendaftar peserta sebagai ahli baharu pada bulan April 2021. Peserta juga telah memuatnaik gambar profil terkini dalam portal pencarian kerja tersebut.

Kebaikan daripada kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN E-ADUAN PERKESO

Tarikh : 25 APRIL 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing peserta mendapatkan maklumat mengenai hak-hak sebagai ahli PERKESO.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta melayari portal PERKESO dan berhubung dengan pegawai PERKESO di cawangan berhampiran dengan adanya bantuan petugas PIK. Petugas membantu peserta menaip surat aduan dan mengimbas dokumen berkaitan sebagai bahan bukti aduan. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil pendaftaran syarikat lalu memuatnaik surat dan dokumen berkaitan dalam sistem aduan PERKESO.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu peserta melayari portal PERKESO.

  • Memahami kriteria-kriteria membuat aduan.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak pengguna.

Gambar Disini