MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH BIL. 6/2021

Tarikh : 8 JUN 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi
Lokasi : Secara atas talian (Google Meet) 
Peserta   : 9 orang petugas PIK Kluster Mukah
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit Kluster Mukah.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan konten-konten menarik.

4. Menyelaras tugasan semasa arahan Bekerja Dari Rumah (WFH).

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus PiK Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanan dan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat. 

Kebaikan daripada mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk memperkasakan platform media sosial Facebook Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Antara Isipati mesyuarat tersebut adalah :

  1. Taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat. 
  2. Menyelaras tugasan setiap ahli. 
  3. Menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut PIK.

Gambar Disini


KELAS E-TUISYEN ANJURAN PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) DAN DIKELOLAKAN OLEH PIK RURAL E-TUISYEN TEAM.

Tarikh : 5 JUN 2021, 12 JUN 2021, 18 JUN 2021 & 26 JUN 2021
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Secara atas talian (Google Meet)
Peserta   : 1 orang pelajar Tahun 4
Tujuan 

1. Membantu golongan yang memerlukan dari segi pendidikan.

2. Meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

3. Meningkatkan usaha untuk mewujudkan kelestarian pendidikan ketika menghadapi musibah Covid-19.

4. Meningkatkan perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh PIK bagi membantu komuniti yang terjejas.

   
Aktiviti 

E-Tuisyen ini menggunakan aplikasi Zoom di rumah peserta (PIK ditutup kerana petugas diarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan bermula 8 Jun 2021. Sebelum menyertai kelas ini, peserta perlu membuat pendaftaran ahli PiK dan pelajar kelas atau subjek yang dipilih oleh peserta. Selain itu, petugas perlu mengisi maklumat peserta dalam CMS Web untuk pendaftaran kelas E-Tuisyen bagi subjek yang dipilih oleh peserta.

Kebaikan daripada kelas E-Tuisyen tersebut ialah :

  • Meningkatkan imej PIK sebagai hub perkhidmatan Internet terbaik dalam kalangan komuniti.

  • Menambahkan jumlah ahli PIK setiap bulan dan meningkat KPI PIK.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti.

Gambar Disini


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SIRI 10/2021: “LINDUNGI SI COMEL, KENALI PREDATOR ALAM MAYA”

Tarikh : 24 JUN 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Secara atas talian (Facebook Live & Zoom Meeting) 
Peserta   : Petugas-petugas PIK & pengikut FB Live
Tujuan 

1. Mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak dalam alam maya dalam kalangan ibu bapa.

2. Mengkongsikan kisah-kisah benar kejadian penipuan jenayah untuk mengancam kanak-kanak.

3. Meningkatkan kerjasama PIK dengan masyarakat setempat dalam menyebarkan maklumat mengenai jenayah siber.

   
Aktiviti 

Taklimat Program Klik Dengan Bijak ini dilangsungkan secara atas talian di zoom meeting dan disiarkan di Facebook Live. Penceramah iaitu Puan Fauziente Abdul Rahman, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Sabah manakala Moderator ialah Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah, Jabatan Pengilibatan Komuniti MCMC.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet Komuniti (PIK) dengan masyarakat melalui program-program KDB yang dianjurkan melalui atas talian.

  • Memperkenalkan perkhidmatan–perkhidmatan MCMC dan PIK yang ditawarkan kepada  komuniti.

  • Meningkatkan peratusan rakyat negara ini memahami pelbagai jenayah penipuan yang boleh belaku atas talian sekali gus dapat mengurangkan indeks jenayah siber.

Gambar Disini