MESYUARAT PERBINCANGAN E-TUISYEN DAN E-SERVICES WILAYAH SARAWAK

Tarikh : 10 Julai 2021
Masa : 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi : Secara atas talian (Zoom Meeting) 
Peserta   : Semua petugas di Seluruh Negeri Sarawak
Tujuan 

1. Membentangkan prestasi semasa PIK yang menjalankan program-program pemerkasaan PIK.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan jumlah peserta dan jumlah pendapatan PIK.

3. Membincangkan masalah-masalah yang berbangkit di PIK Wilayah Sarawak.

   
Aktiviti 

Mesyuarat perbincangan telah dikendalikan oleh Encik Rahim Bin Majelis, Pengurus MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Wilayah Sarawak menggunakan aplikasi Zoom Meeting. 

Kebaikan daripada mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara pihak wilayah dengan PIK.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Memperkasakan peranan PIK dalam 7 Program Pemerkasaan PIK.

Antara Isipati mesyuarat tersebut adalah :

  1. Taklimat Statistik Peserta e-Tuisyen dan e-Services bulan April-Jun 2021.

  2. Menyelaras tugasan Petugas-petugas di PIK dalam melaksanakan 7 Program Pemerkasaan PIK iaitu E-Tuisyen, E-Services, E-Sport, Bungkus dan Hantar, GoKampung,Bantuan Kerja Pusat Internet & Handphone Repair.

Gambar Disini


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SIRI 13/2021: “FAKTA ATAU AUTA? BIJAK MENILAI, MASYARAKAT HARMONI”

IMG-20210723-WA0011

Tarikh : 15 Julai 2021
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Secara atas talian (Facebook Live Zoom Meeting)
Peserta   : 86 orang Pengguna atau Ahli PiK Aktif dalam Facebook Live yang dijemput
Tujuan 

1. Mewujudkan kesedaran mengenai tanggungjawab netizen untuk membandingkan maklumat yang berfakta atau bukan fakta.

2. Melahirkan masyarakat yang bijak menilai kebenaran dan pembohongan dalam media sosial.

3. Meningkatkan kerjasama PIK dengan masyarakat setempat dalam mendidik masyarakat digital.

   
Aktiviti 

Petugas PiK Sg Ragei menjemput pengguna atau ahli PiK yang aktif dalam facebook untuk mengikuti Program KDB ini. Moderator : Ts. Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah, Jabatan Pengilibatan Komuniti MCMC & Penceramah : Siti Nai’ lah Kamarudin, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Selangor yang telah melakukan ceramah ini menggunakan Zoom Meeting dan Facebook Page Live di Klik Dengan Bijak Page.

Kebaikan daripada Program KDB ini ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet Komuniti (PIK) dengan masyarakat melalui program-program KDB yang dianjurkan melalui atas talian.

  • Memperkenalkan perkhidmatan – perkhidmatan MCMC dan PIK yang ditawarkan kepada  komuniti.

  • Meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai kewujudan portal Sebenar.my untuk mendapatkan berita yang sahih atau palsu.

 


BIMBINGAN MENGISI MAKLUMAT PERMOHONAN PEKERJAAN DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

Tarikh : 21 Julai 2021
Masa : 2.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang Pelawat
Tujuan 

1. Membantu pengguna  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pengguna mengisi maklumat dalam portal SPP dengan betul.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Bagi memudahcara permohonan kerja Cik Marlia, petugas membantu beliau untuk menyelaras dokumen-dokumen secara digital seperti mengimbas transkrip-transkrip akademik dan kokurikulum menggunakan aplikasi CamScan. Selain itu, petugas mengajar cara mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta serta memuatnaik gambar profil terkini. Sebelum itu, petugas mengemaskini maklumat sebagai ahli berdaftar PIK.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengisi maklumat dalam portal dan emelkan permohonan kepada urus setia pengambilan guru.

  • Petugas membantu pengguna menyelaras dokumen-dokumen yang perlu dimuatnaik menggunakan kaedah yang lebih mudah dan cepat seperti penggunaan aplikasi CamScan.

Gambar Disini


KELAS FOODPANDA, SHOPEE & YEZZA SEMPENA PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL PERINGKAT PUSAT INTERNET KOMUNITI

Tarikh : 30 Julai 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Secara Atas Talian (Google Meet & Whatsapp)
Peserta   : 3 orang peniaga kecil
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan pendapatan bulanan dengan memilih alternatif digital untuk jualan perniagaan.

2. Membimbing peserta mendapatkan maklumat mengenai cara-cara yang berkesan dalam menggunakan platform e-dagang.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas PiK mendaftar peserta untuk menyertai Pertandingan Usahawan Digital peringkat PIK. Selain itu, petugas juga membantu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk menyertai pertandingan tersebut seperti mengadakan taklimat tatacara mengisi borang jualan setiap bulan bagi bulan Ogos dan September. Peserta menggunakan aplikasi Google Meet ketika para peserta tidak dapat menghadiri kelas bersemuka di PIK. Di samping itu, petugas PiK juga mengedarkan risalah-risalah mengenai kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan penguasaan ICT para peserta.

  • Memahami kriteria-kriteria mendaftar di portal-portal e-dagang seperti Foodpanda, Grab, Lazada, Shopee dan lain-lain.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak pengguna.

Gambar Disini