MIVO : SUKARELAWAN UNTUK SEMUA

Tarikh : 12 Ogos 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Lokasi : Secara atas talian (Zoom Meeting) 
Peserta   : 2 orang petugas PIK & 2 orang peserta
Tujuan 

1. Menyebarkan mesej kesedaran yang berkaitan dengan penggunaan ICT secara positif, selamat dan bertanggungjawab.

2. Mempromosikan literasi digital dan penggunaan internet yang positif.

3. Meningkatkan gaya hidup melalui platform digital.

4. Membantu masyarakat setempat untuk menyesuaikan diri dengan budaya norma baru.

   
Aktiviti 

Petugas mendaftar para peserta atau sukarelawan menggunakan QR Code yang telah disediakan. Selain itu, MCMC meneliti laporan para sukarelawan yang terlibat sepanjang 2 bulan tempoh berlangsung iaitu dari 13 Jun – 11 Ogos 2021 dan memberikan komen secara keseluruhan lalu peserta mengisi maklum balas mengenai bengkel yang diadakan pada hari tersebut. Berkongsikan video-video dan risalah-risalah yang akan diedarkan kepada para peserta untuk dimuatnaik atau dikongsikan di media-media sosial PIK. Para peserta Bengkel MIV mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil MCMC berkenaan dengan kempen-kempen kesedaran masyarakat mengenai norma baharu menghadapi pandemik COVID19 dan juga kempen Kebebasan Bersuara Bukanlah Kebebasan Berbohong. Seramai 120 peserta telah menyertai Bengkel yang diadakan secara maya ini melalui aplikasi Zoom. 

Kebaikan daripada mesyuarat secara zoom meeting tersebut ialah :

  • Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan aktiviti kesukarelawanan dalam pembangunan karier.

  • Membantu masyarakat untuk memahami norma baharu kehidupan.

  • Mewujudkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kehidupan yang perit di lalui oleh masyarakat sekaligus dijadikan motivasi untuk berjaya.

Antara Isipati mesyuarat tersebut adalah :

  1. Taklimat berkaitan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) atau (MCMC) .

  2. Menyelaras tugasan peserta di PIK dalam melaksanakan Program Klik Dengan Bijak dengan para komuniti setempat.

Gambar Disini


PROGRAM PUPUK @SHOPEE ONLINE CLASS

Tarikh : 14 Ogos 2021
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Secara atas talian (Shopee Live Zoom Meeting)
Peserta   : 5 peserta yang dalam kategori Usahawan & Peniaga Kecil
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan pendapatan bulanan dengan memilih alternatif digital untuk jualan perniagaan.

2. Membimbing peserta mendapatkan maklumat mengenai cara-cara yang berkesan dalam menggunakan platform e-dagang iaitu Shopee.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas PiK Sg Ragei telah mendaftar peserta dan membantu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk persediaan mendaftar dalam membuat akaun Shopee.

Kebaikan daripada Program PUPUK ini ialah :

  • Meningkatkan penguasaan ICT para peserta.

  • Memahami kriteria-kriteria mendaftar di portal-portal e-dagang seperti Kedai Shopee.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak pengguna dan cara-cara mudah menggunakan platform Shopee.

 Gambar Disini


PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021

POSTING-HKHM-DI-PIK

Tarikh : 17 Ogos 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Tujuan 

1. Memupuk nilai-nilai kenegaraan.

2. Menyemai semangat cintakan negara.

3. Mewujudkan suasana patriotisme dalam premis PIK.

   
Aktiviti 

Mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengedarkan brosur daripada MCMC dalam media sosial dan laman web PiK Sg Ragei. Selain itu, petugas menggantung bendera Malaysia dan negeri-negeri bagi memeriahkan suasana di luar dan dalam premis PIK lepas tu mengambil beberapa keping gambar perkongsian kit promo MCMC (seperti screenshot dari laman web, Facebook, Instagram, dsb) bagi tujuan rekod dan pelaporan kepada pihak MCMC/TM. Kemudian, menyiarkankan video-video mengenai Hari Kebangsaan di semua rangkaian media sosial PIK.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara ke-64.

  • Mengasah kreativiti petugas dan ahli-ahli PIK.

  • Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya nilai-nilai patriotism.

  • Meningkatkan kerjasama antara komuniti dengan pihak Pusat Internet.


MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH BIL.8/2021

Tarikh : 20 Ogos 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Secara Atas Talian (Google Meet)
Peserta   : 11 orang Petugas PiK
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit Kluster Mukah.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan konten-konten menarik.

4. Menyelaras tugasan semasa arahan Bekerja Dari Rumah (WFH).

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini berlangsung di PiK Masing-masing dan dilakukan secara  online menggunakan Google Meet. Antara kandungan mesyuarat ini adalah seperti berikut taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat. Ketua Kluster telah menyelaraskan tugasan setiap ahli dan menyusun jadual promosi baju Menarik di Mukah dan Dalat.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk memperkasakan platform media sosial Facebook Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Gambar Disini


BENGKEL KOMPREHENSIF RESUME DAN COVER LETTER

Tarikh : 26 Ogos 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Lokasi : Secara Atas Talian (Google Meet)
Peserta   : 50 orang peserta termasuk pelajar dan pengajar PPKS
Tujuan 

1. Meningkatkan kebolehpasaran para graduan kemahiran yang keluar daripada institusi kemahiran tempatan.

2. Memberikan panduan kepada peserta untuk membuat resume dan surat permohonan yang komprehensif kemas dan teratur bagi menarik perhatian majikan.

3. Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dan menjalin kerjsasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan secara online iaitu Taklimat Resume dan Cover Letter, Penulisan Resume, Latihan Resume Menggunakan Canva.com dan Penyediaan Cover Letter. Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan oleh En Marcos Jalak kepada para peserta untuk dipelajari dan menambah ilmu yang ada.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menjalinkan kerjasama erat antara PIK dengan agensi luar.

  • Menambahkan pendapatan petugas.

Gambar Disini