KELAS BIMBINGAN KERJAYA : RESUME & COVER LETTER MEI 2022
Tarikh | : 9 Mei 2022 |
Masa | : 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 3 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membantu para belia lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan ICT. 2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan surat permohonan pekerjaan yang baik dan komprehensif. 3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat. |
|
Aktiviti | |
Peserta mengikuti Kelas Bimbingan Resume ini dengan rela hati ingin mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan menimba ilmu dalam menggunakan template resume yang sesuai. Petugas juga membantu mengisi maklumat dalam portal-portal permohonan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta. Antara portal permohonan pekerjaan yang dilayari ialah:
Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KELAS BIMBINGAN ICT - ENJIN CARIAN MEI 2022
Tarikh | : 22 Mei 2022 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 4 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran komunikasi peserta. 2. Membantu pelajar menyiapkan tugasan dengan membimbing kemahiran mereka mencari maklumat di Internet. 3. Memupuk kerjasama antara PEDi dengan komuniti serta agensi-agensi kerajaan, NGO mahupun persatuan. 4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat. |
|
Aktiviti | |
Modul Enjin Carian yang diajar kepada peserta ialah Browser Google Chrome & Browser Internet Firefox. Selain itu, taklimat ringkas pengenalan PEDi & Mobile e-Waste. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KELAS E-SERVICES
Tarikh | : 26 Mei 2022 |
Masa | : 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menggalakkan penggunaan e-services dalam kalangan komuniti. 2. Membimbing dan meningkatkan kemahiran pengguna menggunakan ICT. 3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat |
|
Aktiviti | |
Saudari Magdaline mengemaskini maklumat dalam portal Kementerian Pendidikan iaitu public.moe.gov.my bagi kemasukkan murid tahun 1. Beliau membantu ibunya untuk mengisi maklumat tersebut untuk adiknya yang bakal memasuki Tahun 1 pada 2023. Saudara Lukman pula mengemaskini maklumat dalam portal PERKESO. Beliau turut dibimbing oleh petugas untuk mengemaskini data-data yang diperlukan. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|