PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT DAN DIGITAL 2022

Tarikh : 8 Ogos 2022 - 24 Ogos 2022
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PROGRAM ACCELERATE: MEMACU PERNIAGAAN DITERAJUI WANITA

Tarikh : 17 Ogos 2022
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Tellian Ulu
Peserta   : 8 orang peserta
Tujuan 

1. Menyediakan Latihan kemahiran asas digital, perniagaan dan kewangan serta bimbingan kepada perniagaan mikro dan kecil.

2. Promosi Perkhidmatan PEDi kepada peserta dan agensi.

   
Aktiviti 

Program keusahawanan kali ini lebih menekankan tentang bagaimana memulakan dan menjalankan perniagaan kita lebih berkembang melalui platform media social seperti Facebook. Dalam Program kali ini kita akan membantu usahawan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai Usahawan dan Bisnes.

Antara modul yang dipelajari semasa program adalah seperti berikut :

  1. Pengenalan Bisnes.
  2. Buku Kira Untung Rugi.
  3. Cara promosi bisnes.
  4. Pengendalian Untung Rugi dalam bisnes dan lain-lain lagi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan Latihan yang disediakan oleh pihak Pustaka Negeri Sarawak kepada usahawan.

Gambar Disini