HARI BERSAMA JKKK & KRT 2022: PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI KANAK-KANAK(7-9 TAHUN) & DEWASA (50 TAHUN KE ATAS)

Tarikh : 1 Oktober 2022
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah
Peserta   : 60 orang peserta
Tujuan 

1. Membimbing peserta berbilang kaum untuk membentuk insan yang berilmu, berwawasan, berbudaya murni serta bertanggungjawab, berakhlak mulia dan mengamalkan dan menyemai semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan peserta berbilang kaum.

2. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman yang sekian lama terpendam.

3. Meningkatkan keberanian, keyakinan diri dan memupuk sikap toleransi dalam sesuatu pertandingan.

4. Memberi peluang kepada setiap peserta menunjukkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan ini.

5. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta penduduk Kpg Tradisi Tellian, Kpg Tellian Tengah & Kpg Tellian Ulu yang berumur kanak-kanak berumur 7-9 tahun &  50 tahun ke atas. Pertandingan ini dibuat secara manual iaitu lukisan yang dicetak oleh petugas kepada para peserta untuk diwarnakan ikut kreativiti masing-masing.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengalakkan interaksi peserta, ibubapa, pihak penganjur serta masyarakat setempat.

  • Membentuk dan membina perkembangan peribadi dan pengalaman secara menyeluruh.

  • Untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada komuniti luar membantu usahawan dalam kemahiran digital dan kegunaan PEDi kepada komuniti.

Gambar Disini


BENGKEL PENULISAN RESUME & ASAS KEUSAHAWANAN OKTOBER 2022

Tarikh : 5 Oktober 2022 & 6 Oktober 2022
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 15 orang peserta Sarawak Skills
Tujuan 

1. Memberi pendedahan dan penjelasan lebih lanjut mengenai cara menulis resume yang menepati syarat industri masa kini.

2. Mendedahkan para pelatih tentang asas dunia keusahawanan.

   
Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan membuat resume berbentuk infografik kepada peserta yang baru nak masuk ke alam pekerjaan. Pengajar Bengkel ini adalah Puan Fifiana Bt Matan selaku Pengurus baru PEDi Sungai Ragei & Puan Agatha Wisterina selaku Penolong Pengurus PEDi Sungai Ragei. Selain itu, Rakan Digital PEDi Balingan iaitu Encik Halleyusafri Bin Koeswari juga mengajar Asas Keusahawanan kepada pelajar Sarawak Skills yang dalam jurusan Sistem Komputer. Pelajar dibahagi 2 kumpulan yang berlainan hari supaya pelajar dapat menangkap ilmu pengetahuan yang baru walaupun dalam ketiadaan elektrik pada hari kedua bengkel.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi pendedahan dan penjelasan lebih lanjut mengenai cara menulis resume yang menepati syarat industri masa kini.

  • Mendedahkan para pelatih tentang asas dunia keusahawanan.

  • Mendedahkan kepada peserta cara membuat resume dan isi kandungan resume yang baik pada masa kini.

Gambar Disini


KELAS ASAS PEMBUATAN KEK DAN ROTI SESI OKTOBER 2022

Tarikh : 7 Oktober 2022
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Ruangan PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta & 1 orang pengajar jemputan
Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai minat dalam bidang pembuatan kek dan roti.

2. Memberi peluang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan melalui minat sendiri.

   
Aktiviti 

Aktiviti ini terbuka kepada peserta yang ingin belajar bidang pembuatan kek dan roti secara berbayar. Puan Ungan Ak Jelaleing sebagai pengajar jemputan untuk kelas ini.Taklimat berkenaan dengan kelas dan tujuan kelas tersebut diadakan. Hands on pembuatan kek dan roti dimana peserta berpeluang mencuba sendiri membuat kek dan roti. Petugas PEDi memberi sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak (Scammer activities) dan Basic of Entreprenunership oleh Puan Fifiana.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi pengetahuan kepada peserta.

  • Memberi peluang kepada peserta untuk menceburi bidang usahawan.

Gambar Disini