KELAS ASAS PEMBUATAN KEK DAN ROTI SESI NOVEMBER 2022

Tarikh : 5 November 2022
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : Ruangan PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 5 orang peserta & 1 orang pengajar jemputan

 KEKROTI01

Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai minat dalam bidang pembuatan kek dan roti.

2. Memberi peluang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan melalui minat sendiri.

   
Aktiviti 

Taklimat berkenaan dengan kelas dan tujuan kelas tersebut diadakan oleh Ticer Veron.Hands on pembuatan kek dan roti dimana peserta berpeluang mencuba sendiri membuat kek dan roti.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi pengetahuan kepada peserta.

  • Memberi peluang kepada peserta untuk menceburi bidang usahawan.

Gambar Disini


KELAS KEUSAHAWANAN (EXCEL IN BUSINESS)

Tarikh : 6 November 2022
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta usahawan
Tujuan 

1. Mengajar usahawan berkenaan cara menggunakan excel dalam bisnes.

   
Aktiviti 

Kelas Microsoft Excel 2021 ini telah diajar oleh Puan Agatha Wisterina yang berkaitan dengan modul bisnes dalam Excel iaitu penyimpanan rekod akaun.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi pengetahuan kepada peserta.

  • Mengajar peserta menggunakan mic excel dalam bisnes.

Gambar Disini


PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT DAN DIGITAL 2022

Tarikh : 16 November 2022 - 24 November 2022
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA TABIKA KEMAS TUTUS HILIR

Tarikh : 25 November 2022
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 15 orang peserta & 4 orang guru pengiring
Tujuan 

1. Memberi kesedaran awal kepada kanak-kanak berkenaan baik dan buruk penggunaan internet.

2. Memberi contoh tentang bahan-bahan di internet yang bagus untuk perkembangan awal kanak-kanak.

   
Aktiviti 

Taklimat ringkas dan padat serta mudah difahami oleh kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun oleh Puan Fifiana Binti Matan. Sesi kesimpulan taklimat dan Kuiz Klik Dengan Bijak juga telah dilakukan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Kanak-kanak dapat mengenalpasti kebaikan dan keburukan akibat daripada penyalahgunaan penggunaan internet kepada mereka.

  • Kanak-kanak juga memahami keburukan akibat daripada ketagihan kepada penggunaan gajet seperti telefon bimbit.

  • Guru-guru turut diberi kesedaran berkenaan penggunaan gajet kepada kanak-kanak di awal usia.

Gambar Disini