PROGRAM KEMAS MALL (PEMASARAN DIGITAL) 2023
Tarikh | : 6 Julai 2023 |
Masa | : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Komuniti Desa Kampung Tellian |
Peserta | : 28 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan platform pendigitalan usahawan. 2. Memberi pendedahan dan mengajar usahawan berkenaan dengan pendigitalan Stock Keeping Unit (SKU). 3. Mengenalkan kepada para usahawan berkenaan penggunaan e-wallet dalam perniagaan. |
|
Aktiviti | |
Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh pihak Jabatan KEMAS Bahagian Mukah yang tergolong daripada peniaga tempatan dan usahawan di sekitar Mukah, Oya & Dalat. Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus telah menjadi penceramah jemputan untuk menerang modul-modul yang berkaitan iaitu Penggunaan E-Wallet dan Pendigitalan Stock Keeping Unit (SKU) dalam perniagaan. Kebaikan program tersebut ialah :
|
|
ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : MEDIA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
Tarikh | : 7 Julai 2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : SMK Mukah |
Peserta | : 80 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mewujudkan kesedaran mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja. 2. Berkongsi kisah dan kejadian sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita kepada para pelajar. 3. Meningkatkan kerjasama PEDi dengan pihak sekolah dalam menyebarkan maklumat mengenai jenayah siber. |
|
Aktiviti | |
Program ini dibuka kepada pelajar SMK Mukah di bawah Persatuan / Kelab Kokurikulum Sekolah iaitu Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) & Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Guru Penasihat menjemput petugas PEDi Kluster Mukah Dalat yang mengabungkan 3 PEDi yang terlibat sekitar kawasan Mukah iaitu PEDi Sg Ragei, PEDi Kg Tellian Ulu, & PEDi Balingian. Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak dilakukan beserta kuiz untuk menarik perhatian para pelajar mendengar sambil menjawab soalan yang diajukan oleh penceramah. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT
Tarikh | : 8 Julai 2023 |
Masa | : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sg Ragei (Atas Talian) |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. 2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. |
|
Aktiviti | |
Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
**Tiada gambar disebabkan kursus secara talian, peserta kursus di rumah masing-masing. |
LATIHAN KEUSAHAWANAN: PEMASARAN DIGITAL
Tarikh | : 11 Julai 2023 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 1 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi kesedaran kepada usahawan untuk menggunakan platform digital. 2. Memberi kesedaran berkenaan geran-geran digital yang ditawarkan kepada para usahawan. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini disertai oleh Encik Mohammad Aseri Bin Morni seorang peniaga secara online untuk mengisi permohonan bantuan Geran Sarawak GoDigital yang telah dipromosikan kepada peniaga sekitar dalam Sarawak terutama di daerah Mukah oleh Puan Agatha Wisterina Stephen yang telah mengajar mengisi maklumat yang berkaitan untuk permohonan tersebut. Ia adalah inisiatif kerajaan Sarawak untuk menarik para peniaga dalam pendigitalan perniagaan secara online dan penggunaan peralatan serta perkakasan teknologi maklumat selari dengan zaman terkini. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|