BENGKEL PEMANTAPAN ICT BERSAMA SARAWAK SKILLS MUKAH
Tarikh | : 4 Ogos 2023, 18 Ogos 2023 & 25 Ogos 2023 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Sg Ragei |
Peserta | : 13 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. 2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja. 3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar. 4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat. |
|
Aktiviti | |
Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh PEDi Sg Ragei iaitu tergolong daripada pelajar Jurusan Sistem Komputer Sesi 2022 yang seramai 13 orang sahaja. Peserta belajar menaip format surat rasmi, format notis mesyuarat & format minit mesyuarat. Kelas akan datang juga akan membuat menaip format laporan aktiviti untuk ilmu pengetahuan para peserta. Kebaikan bengkel tersebut ialah :
|
|
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT
Tarikh | : 5 Ogos 2023 |
Masa | : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sg Ragei (Atas Talian) |
Peserta | : 6 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. 2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. |
|
Aktiviti | |
Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
LATIHAN KEUSAHAWANAN: TAKLIMAT TATACARA PENDAFTARAN PERNIAGAAN DENGAN KERJASAMA INKUBIZ SENTRAL SDN BHD
Tarikh | : 12 Ogos 2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 9 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi pendedahan kepada para usahawan berkenaan dengan tatacara pendaftaran perniagaan di Kawasan Mukah. 2. Meningkatkan kesedaran kepada para usahawan dalam komuniti untuk mendaftar perniagaan bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini disertai oleh 9 orang peserta sekitar Mukah yang tergolong daripada peniaga kecil, peniaga online dan usahawan. Penceramah dari agensi Inkubiz Sentral Sdn Bhd iaitu Puan Drafiana Drahman telah memberi taklimat mengenai tatacara Pendaftaran Perniagaan menggunakan inkubator bagi peniaga yang tidak menyewa kedai di sekitar bandar Mukah. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|