BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6
Nama | : Andy Wee Wei Jie |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Beliau merupakan lepasan sekolah Tingkatan 5 SMK Three Rivers. Sepanjang persekolahan dari tingkatan 1-5 di sekolah ini, beliau mendapat pendedahan mengenai ICT semasa sesi pembelajaran iaitu subjek ICT. Microsoft Word, Excel dan Power Point antara modul yang diajarkan. Walaubagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman meningkatkan kemahiran tersebut terhad kerana ramai pelajar turut sama-sama menggunakan kemudahan yang ada. Setelah habis Tingkatan 5 dan menduduki SPM pada tahun lepas, beliau ingin melanjutkan kemahiran dalam bidang ICT dan kejuruteraan di Mukah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Peserta mendapat info mengenai Pusat Internet (PI) daripada beberapa orang kawan yang pernah pergi ke Pusat Internet dan mencadangkan beliau pergi ke PI terdekat iaitu yang terletak di Kampung Sungai Ragei.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau datang ke premis PI bersama ayahnya dan terus mendaftar untuk mengikuti kelas ICT yang dijadualkan oleh petugas pada bulan Januari 2018 – Februari 2018. Beliau sangat teruja dapat belajar di sini kerana keadaannya yang kondusif selain yurannya yang murah.
Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher. Selain itu, peserta juga amat berminat untuk mempelajari Adobe Photoshop yang merupakan sesuatu yang baharu baginya. Bagi beliau, teknik pengajaran petugas PI di sini amat baik kerana pengajarannya menjurus kepada keperluan pekerjaan dan mudah difahami dengan contoh-contoh yang sesuai. Pendekatan ini amat penting dalam meningkatkan kemahirannya dalam penggunaan ICT.