KEUSAHAWANAN : THE DELICIOUS SAMBAL -EN. ABDUL RAHMAN
Nama | : ENCIK ABDUL RAHMAN BIN YA’AKUB |
Umur | : 28 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Encik Abdul Rahman Bin Ya’akub merupakan Pengurus Pusat Internet Desa (PID) Mukah dan baru setahun bekerja di daerah ini. Beliau mempunyai kemahiran dalam ICT. Namun begitu, berniaga dengan menjual barang sama ada secara bukan atas talian (offline) mahupun secara atas talian (online) adalah perkara yang masih baharu bagi beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau tidak berminat untuk melibatkan diri dengan perniagaan online dan hanya memfokuskan kepada tugasnya sebagai pengurus PID sahaja. Beliau juga tidak mempunyai pasif income yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah sama-sama mengajar ICT bersama rakan di Pusat Internet Komuniti (PIK) beliau teringin mencuba menjalankan perniagaan online dengan menjual The Delicious Sambal, sebuah produk makanan daripada rakannya di semenanjung.
Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti
- Shopee
- CJ Wow Shop (rancangan TV)
- Yezza
Pihak PIK menjemput beliau untuk sama-sama mengajar komuniti dengan membuat beberapa kelas keusahawanan seperti Shopee dan MDEC. Dalam sesi bengkel seperti ini, beliau turut sama-sama belajar daripada peserta untuk menjalankan perniagaan online.
Antara produk yang laris dijual oleh Encik Abdul Rahman ialah The Delicious Sambal dari semenanjung.