Program JOM SIHAT JANUARI 2019
Tarikh | : 18 Januari 2019 |
Masa | : 7.30 pagi - 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 176 orang |
Tujuan | |
1. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. 2. Eratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. 3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut : Gotong Royong -Senam robik dijalankan sebelum bermula acara bagi meregangkan otot. Diketuai oleh para pelajar PPKS Mukah. Ceramah Kesihatan Gigi -Ceramah ini diadakan untuk kategori kanak-kanak dan belia. 2 orang doktor gigi dan staf daripada Klinik Pergigian Hospital Mukah mengendalikan ceramah ini. Demo Memberus Gigi (Kanak-kanak) -Demo ini melibatkan peserta kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Penakub Permai, Mukah seramai 26 orang. Demo ini bagi menunjukkan cara-cara yang betul memberus gigi. Saringan Kesihatan KOSPEN -Dikendalikan sendiri oleh petugas PiM dan telah melibatkan seramai 28 orang peserta. Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ialah memriksa kandungan gula dalam darah, mengukur tahap tekanan darah, menyukat BMI peserta. Pameran dan Taklimat Penjagaan Gigi -Taklimat secara ringkas daripada pihak Klinik Pergigian dan penyampaian maklumat kesihatan gigi. Pertandingan Menulis Artikel Kesihatan -Terbuka kepada peserta PPKS. Pertandingan ini bagi menggalakkan peserta mengetahui isu-isu kesihatan yang perlu diambil perhatian berlaku pada ketika ini. Pertandingan Dashboard Komuniti (DK) -Pertandingan ini ialah mengisi MyShop, MyHealth, MySoal dan MyKomuniti paling banyak sepanjang minggu sebelum program berlangsung dan terbuka kepada semua ahli berdaftar. Kebaikan aktiviti iaitu :
JADUAL TENTATIF PROGRAM JOM SIHAT ** TEKAN DI SINI ** |
|