LAWATAN JABATAN PENERANGAN DAERAH MUKAH

Tarikh : 6 Februari 2020
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi Pusat Internet Kg Sg Ragei
Pelawat   : 2 orang pelawat 
Tujuan 

1. Mengedarkan risalah kesihatan mengenai penularan wabak Coronavirus di kawasan berdekatan PI.

2. Memberikan kesedaran kepada umum mengenai cara-cara pencegahan wabak.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pi kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Lawatan ini didatangi 2 orang pelawat dari Jabatan Penerangan Daerah Mukah iaitu Encik Mohamad Ali & Encik Haji Shamsul yang telah disambut baik oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei. Pihak Jabatan Penerangan mengedarkan risalah mengenai penyakit wabak Coronavirus untuk para pengunjung Pusat Internet. Taklimat ringkas mengenai peranan dan perkembangan semasa PI juga dibincangkan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu orang awam mendapatkan maklumat mengenai wabak virus Coronavirus.

  • Membantu pencegahan virus daripada merebak ke kawasan PI yang mungkin berisiko pada bila-bila masa.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.2/2020
Tarikh : 6 Februari 2020
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Judan 
Peserta   : 8 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah & Dalat 
Tujuan 

1. Membincangkan status tugasan dan pelan pelaksanaan Menarik di Mukah & Dalat.

2. Membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Menarik Di Mukah dan Dalat.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga membincangkan sekiaranya ada jemputan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Februari 2020 diadakan dan aktiviti akan datang.

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi para petugas dalam mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan projek Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan petugas daripada Pusat-pusat Internet dalam kluster masing-masing.

  • Meningkatkan produktiviti Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


BIMBINGAN MENDAPATKAN MAKLUMAT KERJA SEKOLAH SUBJEK PENDIDIKAN SENI DAN SEJARAH

Tarikh : 14 Februari 2020 - 15 Februari 2020
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu pelajar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka.

2. Membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang betul dan tepat di Internet.

3. Memperkenalkan Pusat Internet dan menambah keahlian bulanan.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dalam mencari maklumat pendidikan dalam internet. Cara mencari gambar pemandangan dasar laut untuk subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan 5 dan mencari sumber rujukan untuk subjek Sejarah berkaitan dengan topik Kesultanan Melayu Melaka.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para pelajar.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kesedaran pengguna untuk menggunakan perkhidmatan PI dengan sebaik mungkin.

Gambar Disini


BENGKEL PENDAFTARAN PENSIJILAN HALAL (MYE-HALAL) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS) BAHAGIAN MUKAH DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN BAHAGIAN MUKAH DAN PUSAT INTERNET KAMPUNG SUNGAI RAGEI

Tarikh : 18 Februari 2020 - 19 Februari 2020
Masa : 9.00 pagi -4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 20 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan pendaftaran pensijilan halal dalam kalangan usahawan dan peniaga tempatan terutama bagi industri produk makanan.

2. Memberikan panduan secara terus kepada para peserta mengenai cara-cara melengkapkan borang secara atas talian MYe-halal.

3. Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dan menjalin kerjsasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Aktiviti adalah satu inisiatif daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk mengajak peniaga-peniaga secara kecil-kecilan bagi mendaftar dalam Pensijilan Halal dalam perniagaan.Selain itu, peserta mendapat ilmu pengetahuan baru mengenai Pengurusan Produk Halal & peserta juga mengisi maklumat perniagaan dalam laman web MYe-halal.

Antara aktiviti sokongan iaitu Taklimat ringkas pengenalan Pusat Internet kepada peniaga-peniaga yang tergolong daripada komuniti setempat oleh Pengurus Pi, Encik Marcos Anak Jalak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menggalakkan peniaga dan usahawan dalam industri makanan memiliki sijil halal, sesuai dengan syariat Islam.

  • Membina jalinan kerjasama dengan usahawan tempatan dalam membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka menggunakan platform ICT.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet melalui perkhidmatan penyediaan ICT yang baik dan berkesan.

Gambar Disini


BENGKEL PEMANTAPAN ICT SARAWAK SKILLS ANJURAN PUSAT INTERNET DENGAN KERJASAMA PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) KAMPUS MUKAH

Tarikh : 24 Februari 2020 sehingga 28 Februari 2020
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 20 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan applikasi Microsoft Word.

2. Memberikan panduan kepada peserta dalam penyediaan dokumen seperti laporan, minit mesyuarat dan surat menyurat yang lebih komprehensif dan bermutu.

3. Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dan menjalin kerjsasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mengajar para pelajar PPKS Jurusan Elektrik berkaitan modul yang ditentukan oleh pensyarah mereka iaitu Penulisan Surat Rasmi, Penulisan Memo Dalaman,Penyediaan Laporan/Tugasan Akademik & Penyediaan Minit Mesyuarat. Mereka mengambil tempat masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Para pelajar digalakkan menggunakan internet untuk merujuk nota dan tips yang tertentu seperti Youtube dan laman web mengenai cara-cara menghasilkan persembahan yang menarik.

Antara aktiviti sokongan iaitu Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak, Taklimat ringkas mengenai KDB-Check Your Label, Malumat Palsu & Portal sebenenarnya.my. Selain itu, Pertandingan Menaip dengan Pantas juga dilakukan pada hari terakhir bengkel tersebut.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mendaftarkan 20 ahli baharu untuk bulan Februari 2020 dan sekali gus menambahkan jumlah keahlian Pusat Internet secara keseluruhan.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran ICT, kemahiran menggunakan aplikasi dan komputer serta dapat meningkatkan daya saing peserta dalam bidang pekerjaan.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet sebagai hub pembangunan komuniti yang berteraskan ICT.

Gambar Disini