KELAS ASAS KEUSAHAWANAN: ASAS FOTOGRAFI SESI OGOS 2024

Tarikh : 1 Ogos 2024
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan berkaitan dengan kemahiran teknikal dalam fotografi sebagai salah satu medium yang diguna pakai untuk tujuan pengiklanan produk usahawanan.

2. Meningkatan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan melalui ilmu asas-asas perniagaan digital, seperti e-dagang, pemasaran digital, dan penggunaan platform dalam talian.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan ICT terbaik kepada komuniti setempat.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian "Klik Dengan Bijak".

   
Aktiviti 

Pelajar akan mempelajari asas-asas fotografi termasuk teknik mengambil gambar, pencahayaan dan editing gambar yang lebih menarik dan berkualiti tinggi. Peserta akan belajar tentang pemasaran dan cara mempromosi dengan menggunakan media sosial serta platform dalam talian untuk menarik pelanggan. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan Klik dengan Bijak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan pembangunan kemahiran keusahawanan seperti pengurusan perniagaan, pemasaran digital, pengurusan kewangan, dan strategi perniagaan.

  • Mengalakkan peningkatan pengetahuan teknologi dan pendigitalan kepada peserta.

  • Meningkatkan kesedaran berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi dan perniagaan daripada ancaman siber

Gambar Disini


KEPANTASAN MENAIP : TYPINGTEST.COM

Tarikh : 7 Ogos 2024
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu peserta meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip dengan menggunakan aplikasi Typingtest.com untuk latihan menaip.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya.

3. Meningktakan kemahiran dalam mengendalikan komputer dan kemahiran asas ICT kepada peserta.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian "Klik Dengan Bijak".

   
Aktiviti 

Kelas ini melibatkan penggunaan platform Typingtest.com untuk memberi latihan menaip yang lebih efektif dan berstruktur kepada peserta. Peserta akan menjalani latihan menaip menggunakan TypingTest.com selama 60 minit dan peserta akan melaksanakan tugasan menaip mengikut tahap kesukaran yang sudah disediakan. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi Klik dengen Bijak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip sekaligus meningkatkan produktiviti dalam tugas-tugas harian seperti penulisan laporan, e-mel, atau kerja dokumen peserta.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan penggunaan teknologi dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT WORD 2021 SESI OGOS 2024

Tarikh : 7 Ogos 2024 & 8 Ogos 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari & 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat untuk menyampaikan maklumat yang relevan dan bermanfaat kepada komuniti.

4. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memperkenalkan peserta kepada asas-asas dan fungsi Microsoft Word terutama cara membuat surat dan borang lalu memberi latihan praktikal kepada peserta untuk menggunakan microsoft word seperti pemformatan teks, penambahan gambar, dan pengaturan halaman. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan etika dalam penggunaan internet yang betul.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan daya saing peserta dalam pasaran pekerjaan, terutamanya dalam bidang pentadbiran, kewangan, pendidikan, dan banyak lagi.

  • Menggalakkan amalan penggunaan internet yang bijak dan selamat.

  • Mempromosi peranan NADI sebagai pusat penyampaian maklumat terkini dan ilmu pengetahuan kepada komuniti.

Gambar Disini


PERMOHONAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (SPNB)

Tarikh : 8 Ogos 2024
Masa : 2.00 petang - 3.30 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Penerangan berkaitan dengan Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) terutama kepada komuniti yang berpendapatan rendah.

2. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat untuk menyampaikan maklumat yang relevan dan bermanfaat kepada komuniti.

3. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengna Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memberi penerangan ringkas cara untuk membuat permohonan SPNB dan syarat- syarat bagi yang layak membuat permohonan. Selain itu, petugas memberi bimbingan cara untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk memohon SPNB secara dalam talian. Sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Merupakan inisiatif dari kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di dalam negara mempunyai akses kepada perumahan yang selesa dan mampu milik sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.

  • Menggalakkan komuniti untuk melibatkan diri dalam aktitviti yang dianjurkan di NADI.

  • Meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT EXCEL 2021 SESI OGOS 2024

Tarikh : 9 Ogos 2024, 12 & 13 Ogos 2024
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada asas dan fungsi Microsoft Excel.

2. Merapatkan jurang penguasaan teknologi dan ICT antara komuniti luar bandar dengan kawasan bandar.

3. Memperkasas peranan dan fungsi NADI kepada komuniti setempat.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memberi  penerangan berkaitan dengan asas-asas microsoft excel dan fungsi yang terdapat dalam excel untuk tujuan menyimpan, mengurus, dan menganalisis data.Memberi latihan pratikal kepada peserta seperti penggunaan formula, graf, dan pivot table serta cara untuk  menggunakan format penggunaan excel yang betul. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan semasa melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran digital peserta dan menyediakan diri mereka untuk pelbagai peluang dalam dunia pekerjaan.

  • Meningkatkan kemahiran ICT dan mengendalikan komputer peserta.

  • Meningkatkan kesedaran berkaitan dengan cara untuk mengawal dan menjaga maklumat atau privasi semasa menggunkan internet.

  • Mempromosi pekhidmatan yang disediakan di NADI kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


LATIHAN KEUSAHAWANAN: MICROSOFT EXCEL 2021 (AKAUN)

Tarikh : 9 Ogos 2024
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pendedahan kepada asas sistem perakaunan menggunakan Microsoft Excel.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

3. Meningkatkan kemahiran komunikasi digital peserta.

4. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran keusahawanan yang berkualiti kepada komuniti.

5. Mempromosi kesedaran keselamatan internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI menerangkan kepada peserta berkaitan dengan asas-asas perakaunan dan fungsi mircosoft excel dalam kegunaan menganalisis data lalu memberi latihan dan pratikal kepada peserta untuk belajar menggunakan formula akaun dam mata wang ke dalam excel. Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan kesedaran awam berkaitan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan pengetahuan asas ICT yang sangat berguna dalam era digital.

  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya.

  • Membantu peserta memahami kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi maklumat peribadi.

  • Mempromosi peranan NADI sebagai pusat penyampaian maklumat terkini dan ilmu pengetahuan kapada komuniti.

Gambar Disini


PERTANDINGAN E-SUKAN: MOBILE LEGENDS BANG BANG

Tarikh : 9 Ogos 2024 & 17 Ogos 2024
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 16 orang peserta
Tujuan 

1. Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang dan perlawanan persahabatan golongan belia yang berumur dibawah 18 tahun.

2. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat yang menyediakan pelbagai program dan event bagi meningkatkan penglibatan komuniti.

3. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Pendaftaran bagi ahli NADI, setiap permain perlu memastikan telah menjadi ahli NADI. Petugas NADI memberi taklimat ringkas berkaitan dengan peraturan dan syarat penyertaan kepada peserta dan pemenangkan akan dipilih melalui mata yang di kutip dan perlawanan dijalankan secara Liga. Pemenang akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu perlawanan peringkat NADI, perlawanan peringkat antara NADI dan pemenangkan menjadi wakil untuk perlawanan bagi peringkat negeri. Peserta yang terlibat juga disarankan untuk mengikuti kelas kesedaran Klik dengan Bijak sepanjang tempoh tersebut.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mendorong belia untuk menguasai teknologi dan alat digital yang penting dalam dunia moden.

  • Memberi pendedahan kepada golongan belia untuk tidak menyalahgunakan teknologi terutama permainan telefon terutama mobile legends bang bang bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi boleh dijadikan profesion sebagai pemain profesional mewakili negara.

  • Menggalakan golongan belia untuk terlibat dengan program dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Memberi kesedaran berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Gambar Disini


PENDIDIKAN STEM: PERMAINAN SIMULATOR

Tarikh : 10 Ogos 2024 
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Pendidikan STEM mengajarkan pelajar bagaimana untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dengan pendekatan yang sistematik.

2. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan ICT terbaik kepada komuniti setempat.

3. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian "Klik Dengan Bijak".

   
Aktiviti 

Pengurus memberi penerangan berkaitan dengan pendidikan STEM lalu peserta diberi bimbingan cara untuk menggunakan teknologi iaitu semasa menjalankan aktiviti permainan simulator dan bagaimana peserta menyelesaikan misi yang perlu mereka selesaikan. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menyumbang kepada mempersiapkan diri golongan belia kepada emajuan teknologi sekaligus pembangunan masyarakat dan negara secara keseluruhanya.

  • Membantu belia menjadi lebih bijak dalam menghadapi cabaran dan mencari penyelesaian yang inovatif.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT POWERPOINT SESI OGOS 2024

Tarikh : 16 Ogos 2024 & 19 Ogos 2024
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari 
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan teknik membuat pembentangan yang berkesan.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran terbaik setempat.

4. Memberikan panduan praktikal untuk mengelakkan risiko keselamatan dalam talian melalui taklimat ringkas Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi asas Microsoft Powerpoint lalu memberi latihan kepada peserta untuk pembuatan slaid, tukar dokumen Word ke fail PDF dan Video MP4 seperti yang telah diajarkan.Peserta juga belajar cara untuk mencipta slaid dan menyampaikan pembentangan yang berkesan termasuk penyampaian maklumat yang jelas dan menarik, menggunakan teks, gambar, grafik dan sebagainya.Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet oleh petugas NADI.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

  • Meningkatkan pengetahuan asas ICT yang sangat berguna dalam era digital.

  • Membantu peserta memahami kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi maklumat peribadi.

Gambar Disini


 PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI POLITEKNIK MUKAH

Tarikh : 16 Ogos 2024
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Peserta   : 86 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkenalkan NADI dan peranan NADI kepada komuniti dan pelajar politeknik.

2. Memberikan kesedaran berkenaan keselamatan ketika melayari internet dan etika digital.

3. Meningkatkan kerjasama antara NADI Kampung Judan dan Politeknik Mukah.

4. Mini latihan ICT (Penggunaan A.I), Softskills & Keusahawanan.

   
Aktiviti 

Taklimat mengenai NADI – Kenali NADI (sejarah NADI, jumlah NADI di seluruh Malaysia, fungsi NADI dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI. Selepas itu, ada taklimat Klik Dengan Bijak – Keselamatan Internet & Etika Digital lalu sesi soal & jawab. Selain itu, satu sesi perkongsian bersama peserta serta Sesi Kuiz NADI & Klik Dengan Bijak. Mini latihan ICT (Penggunaan A.I), Softskills & Keusahawanan pula diadakan pada sebelah petang.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mempromosikan NADI dan mendedahkan fungsi dan peranan NADI.

  • Memberikan kesedaran berkenaan keselamatan ketika melayari internet dan risiko.

  • Peserta berkongsi pendapat & pengalaman.

  • Menjalinkan hubungan yang berkekalan antara NADI Kampung Judan & Politeknik Mukah.

Gambar Disini


PROGRAM MINI ICT DAN  KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI POLITEKNIK MUKAH

Tarikh : 16 Ogos 2024
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Peserta   : 86 orang peserta
Tujuan 

1. Pendedahan tentang konsep keusahawanan digital dengan tumpuan pada aplikasi kecerdasan buatan seperti ChatGPT konteks perniagaan.

2. Mengembangkan kemahiran praktikal peserta dalam mengimplementasikan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi dalam strategi perniagaan.

3. Menyedarkan peserta terhadap isu-isu etika dan keselamatan berkaitan dengan penggunaan teknologi AI dalam perniagaan.

4. Meningkatkan kerjasama antara NADI Kluster Mukah dan Dalat dan Politeknik Mukah.

   
Aktiviti 

Satu sesi Kuiz NADI & Klik Dengan Bijak. Mini latihan ICT (Penggunaan A.I), Softskills & Keusahawanan pula diadakan pada sebelah petang. Penutupan Majlis Program juga telah diadakan pada sebelah petang.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Pendedahan tentang konsep keusahawanan digital dengan tumpuan pada aplikasi kecerdasan buatan seperti ChatGPT konteks perniagaan.

  • Mengembangkan kemahiran praktikal peserta dalam mengimplementasikan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi dalam strategi perniagaan.

  • Menyedarkan peserta terhadap isu-isu etika dan keselamatan berkaitan dengan penggunaan teknologi AI dalam perniagaan.

  • Meningkatkan kerjasama antara NADI Kluster Mukah dan Dalat dan Politeknik Mukah.

Gambar Disini