KELAS ICT JULAI 2020 - MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) 

Tarikh : 6 Julai 2020 - 14 Julai 2020
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Membimbing peserta mengenali komputer dan Internet.

2. Melahirkan generasi muda yang bijak ICT.

3. Mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah.

4. Mewujudkan kerjasama komuniti dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat umur. Selain itu, petugas membimbing peserta mengenali komputer dan internet.  Seterusnya, peserta dibimbing menaip dengan pantas.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan komputer dan Internet.

  • Membimbing peserta mendapatkan maklumat yang tepat mengenai komputer dan Internet.

  • Mewujudkan kerjasama PI dengan penduduk setempat.

  • Melatih belia menguasai kemahiran ICT daripada peringkat akar umbi.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.4/2020

Tarikh : 8 Julai 2020
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Oya 
Peserta   : 10 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah & Dalat 
Tujuan 

1. Membincangkan pelan pelaksanaan Menarik di Mukah & Dalat.

2. Membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada minit lepas.

3. Menyelaras aktiviti penggambaran video dan tugas-tugas ahli.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Kewangan daripadi Bendahari. Mesyuarat ini juga membincangkan untuk menyelaraskan tugas untuk cross posting Suka-suka. Selain itu, perbincangan dalam menyelaraskan SOP pengambaran video.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi para petugas dalam mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan projek Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan petugas daripada Pusat-pusat Internet dalam kluster masing-masing.

  • Meningkatkan produktiviti Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 9 Julai 2020
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Membimbing peserta membuat permohonan pekerjaan.

2. Menjadi pemudahcara peserta mengemaskini maklumat diri.

3. Menjadikan PI sebagai pusat rujukan belia yang masih mengganggur.

   
Aktiviti 

Petugas menyediakan resume-resume yang sesuai dengan kerja yang dipohon dan membimbing peserta mengemaskini resume dari segi membetulkan tatabahasa, penggunaan istilah, penggunaan kata nama dan lain-lain. Selain itu, petugas juga membimbing peserta menulis cover letter dan emel dengan cara yang betul. Tambahan kepada peserta juga dengan mengajar teknik-teknik mengimbas dokumen dengan applikasi yang boleh dimuatturun daripada Internet.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta dari segi membuat persiapan untuk memohon pekerjaan yang dikehendaki.

  • Membimbing peserta membuat resume dan surat permohonan yang komprehensif.

  • Mewujudkan kerjasama komuniti dengan pihak PI program-program latih belia kampung.

Gambar Disini


PROMOSI PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE 2020

Tarikh : 12 Julai 2020
Masa 9.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi

: Rumah Encik Abu Bakar Bin Osman (Habibu Enterprise) & Mini Muzium Melanau, Kampung Tellian Tengah (Sapan Puloh Mini Muzium Melanau)

Peserta   : 2 orang peserta 

PRO USAHAWAN ONLINE 2PRO USAHAWAN ONLINE 1

Tujuan 

1. Mempromosikan Pertandingan Usahawan Baru Online kepada usahawan setempat yang berminat.

2. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan.

3. Merapatkan kembali hubungan komuniti dengan PI selepas pandemik Covid-19 semakin reda.

4. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Pengurus Pi iaitu Encik Marcos mengedarkan flyers pertandingan, surat jemputan dan borang pertandingan. Selain itu, beliau memberi taklimat ringkas on the ground berkaitan syarat-syarat pertandingan dan kelebihan menyertai pertandingan. Ini kerana dengan menjalinkan kerjasama dalam mengadakan program dan aktiviti dalam perancangan aktiviti bersama selepas PKPP.

Kebaikan promosi tersebut ialah :

  •  Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM4000.

  • Membimbing peserta untuk membuat jualan di platform online terkenal iaitu di Shoppee dan Lazada.

  • Mewujudkan kerjasama PI dengan penduduk setempat sekaligus menambah ahli PI.