MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH & MESYUARAT 7 PROGRAM PEMERKASAAN PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK)

Tarikh : 5 MEI 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi & 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 7 orang petugas PIK Kluster Mukah
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit Kluster Mukah.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page.

4. Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik.

5. Menerangkan operasi dan KPI 7 Program Pemerkasaan PIK.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus PiK Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanan dan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat. Selain itu, membincangkan 7 program KPI baru setiap PIK yang perlu dilaksanakan dan dicapai oleh setiap PIK dari segi kerjasama setiap PIK atau persendirian.

Kebaikan daripada mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Memperkasakan peranan PIK dalam 7 Program Pemerkasaan PIK.

Antara Isipati mesyuarat tersebut adalah :

  1. Taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat. 
  2. Menyelaras tugasan setiap ahli. 
  3. Menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut PIK. 
  4. 7 Program Pemerkasaan PIK
    1. E-Tuisyen,
    2. E-Services,
    3. E-Sport,
    4. Bungkus dan Hantar,
    5. GoKampung,
    6. Bantuan Kerja Pusat Internet,
    7. Handphone Repair

Gambar Disini


LAWATAN TELEKOM MALAYSIA ™ SIBU SEMPENA KAJIAN TAPAK PUSAT INTERNET DAERAH (PID)

Tarikh : 9 MEI 2021
Masa : 3.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 2 orang wakil TM & 1 orang Regional Manager
Tujuan 

1. Membuat kajian tapak untuk menempatakan PID Mukah yang baharu.

2. Memilih premis yang sesuai dan strategik untuk disewa.

3. Mendapatkan data dan maklumat lokaliti tapak-tapak yang dipilih.

   
Aktiviti 

Taklimat 3 lokasi yang telah dibuat kajian yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahim Bin Majelis, Pengurus Wilayah Sarawak, MSD Digital mIntelligence Sdn Bhd dan melakukan lawatan tapak serta menentukan saiz dan keluasan premis yang dikenalpasti.

Kebaikan daripada aktiviti lawatan tersebut ialah :

  • Membantu TM memilih kawasan yang bersesuaian dengan projek PID.

  • Mengenalpasti kawasan yang strategic dan menjadi tumpuan ramai.

  • Memperkenalkan PID kepada orang luar.

  • Menyediakan kemudahan Pusat Internet atau pusat digital kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


LATIHAN E-SPORT MOBILE LEGEND

Tarikh : 16 MEI 2021
Masa : 3.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Mencungkil bakat peserta-peserta yang berkemahiran dalam bidang e-Sukan untuk diketengahkan.

2. Menggalakkan para peserta terutamanya pelajar sekolah untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

3. Memilih peserta yang layak untuk mewakili PIK bagi kejohanan e-Sport pada masa akan datang.

   
Aktiviti 

Taklimat Program e-Sport 2021 yang disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei kepada para peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengalakkan ahli PiK dan komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PiK seterusnya sebagai pusat transformasi kecemerlangan.

  • Membina jalinan erat antara PiK dan komuniti setempat.

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada komuniti setempat.

Gambar Disini