E-SERVICES : MENGISI PERMOHONAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU DI CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE SARAWAK (CENTEXS)

Tarikh : 11 Oktober 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari 
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta lepasan sekolah

IMG20211007110046

Tujuan 

1. Meningkatkan kebolehpasaran para graduan kemahiran yang keluar daripada institusi kemahiran tempatan dan lepasan sekolah.

2. Memberikan panduan kepada peserta untuk mengisi permohonan borang secara online.

3. Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dan menjalin kerjsasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Puan Agatha Wisterina mengajar Adik Hazwan cara-cara mengisi Borang Permohonan Online bagi Kemasukan Pelajar Baharu di CENTEXS Mukah.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan permohonan kolej dengan mengisi borang secara online.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

 


BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN

Tarikh : 12 Oktober 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari & 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 4 orang peserta wanita
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya wanita atau suri rumah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Antara modul yang diplajari daripada petugas PiK Sg Ragei iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point & Microsoft Publisher. Selain itu, sebelum peserta masuk kelas bengkel tersebut, peserta perlu mendaftar diri lalu petugas membeli taklimat berkaitan KDB Advokasi – Truth Campaign.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL PUSAT INTERNET KOMUNITI 2021

Tarikh : 17 & 18 Oktober 2021
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang & 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang usahawan
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan pendapatan bulanan dengan memilih alternatif digital untuk jualan perniagaan.

2. Membimbing peserta mendapatkan maklumat mengenai cara-cara yang berkesan dalam menggunakan platform e-dagang iaitu Shopee, FoodPanda & Yezza.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti. Membantu mencapai KPI Pusat Internet tahun 2021.

4. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Taklimat ringkas mengenai Pertandingan Usahawan Digital 2021 anjuran unit A&P MSD kepada para peserta bagi pemenang Tempat Pertama iaitu En Harish diteruskan ke peringkat negeri manakala peserta yang mendapat saguhati pula Puan Agatha mengucapkan terima kasih kerana mengikuti pertandingan tersebut dan teruskan dengan bisnes dengan maju jaya. Aktiviti lain iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta semua. Selepas itu sedikit taklimat ringkas mengenai aplikasi Yezza yang baru diperkenalkan kepada peserta. Petugas juga selitkan sedikit taklimat Advokasi KDB-Maklumat Palsu dan Scammer bagi memberi sedikit ilmu dalam mengelak berlakunya kekacauan dalam bisnes.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan penguasaan ICT para peserta.

  • Memahami kriteria-kriteria mendaftar di portal-portal e-dagang seperti Kedai Shopee & FoodPanda.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak pengguna dan cara-cara mudah menggunakan platform Shopee dan FoodPanda.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL PUSAT INTERNET KOMUNITI 2021

Tarikh : 17 Oktober 2021
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang 
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Memupuk diri dalam mencintai negara mengikut 6 rukun negara.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti. 

4. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Pertandingan Hari Malaysia ini diadakan dalam tempoh 16 September 2021 sehingga 30 September 2021. Pemenang akan dipilih mengikut slogan terbaik mengikut kategori masing-masing.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan penguasaan ICT para peserta.

  • Memupuk semangat akan cinta kepada negara Malaysia pada diri peserta.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini