PERJUMPAAN BERSAMA USAHAWAN IKS – TAWARAN MENYEWA TEMPAT UNTUK  MEMPROMOSI PRODUK DI PEDI

Tarikh 4 Januari 2022
Masa 2 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu usahawan IKS mempromosikan produk keluaran.

2. Memberi peluang kepada usahawan menambah pendapatan di PEDi.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat

   
Aktiviti 

Menerangkan 5 strategi utama pemasaran kepada peserta iaitu Pelan Pemasaran yang Kukuh, Kenalpasti Pesaing, Menghasilkan Produk Berkualiti, Pembungkusan Produk yang Menarik & Menguasai Pemasaran Digital. Peserta mempamerkan produk keluaran atau produk jualan dalam almari kabinet yang disediakan. Kadar bayaran sewa sebulan untuk satu blok kecil kabinet ialah RM10.00. Selain itu, melabel harga dan nama produk-produk jualan usahawan. Taklimat perkhidmatan lain yang ada disediakan PEDi seperti latihan platform digital Shopee dan Yezza.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Petugas memberikan tips strategi pemasaran dalam bentuk kertas edaran sebagai panduan kepada usahawan memantapkan kaedah promosi.

  • Produk yang dipamerkan di PEDi akan ditularkan di media-media sosial lain seperti di Youtube, Facebook, Tik Tok dan sebagainya.

  • Usahawan dan petugas dapat bertukar-tukar pendapat dan perkongsian tentang penghasilan produk amplang oleh Puan Azuna dan produk madu kelulut asli oleh Encil Hady.

 Gambar Disini


PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS KEPADA PESERTA LATIHAN ICT DAN DIGITAL (KATEGORI DEWASA) 2021

Tarikh 5 Januari 2022
Masa 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya skali dengan sijil penyertaan. Selain itu, petugas juga memberi taklimat sampingan berkaitan Advokasi KDB & E-waste beserta Check Your Label.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

 Gambar Disini


KURSUS LATIHAN ICT DAN DIGITAL

Tarikh : 5 Januari 2022 - 31 Januari 2022
Masa 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari 
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya skali dengan sijil penyertaan. Selain itu, petugas juga memberi taklimat sampingan berkaitan Advokasi KDB & E-waste beserta Check Your Label.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

 Gambar Disini


LAWATAN KE TAPAK PENTERNAKAN MADU KELULUT ABU HADY BIN HARRY

Tarikh 16 Januari 2022
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Tapak Penternakan Madu Kelulut, Jabatan Bomba Mukah
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Mempromosikan produk madu kelulut usahawan PEDi di media sosial.

2. Melibatkan petugas untuk berkongsi aspek pemasaran dengan menjadi stokis kepada produk madu kelulut.

3. Merancang pelan startegi untuk meluaskan lagi penternakan madu kelulut  di lokasi lain.

   
Aktiviti 

Petugas mengambil gambar kawasan tapak penternakan madu kelulut lalu menemubual usahawan mengenai perancangan masa depannya. Selain itu, mereka membincangkan kaedah yang lebih sesuai untuk menghasilkan lebih banyak madu kelulut. Peserta mengisi Borang Maklumat Perniagaan Usahawan Tempatan dan mendaftar Borang Kajian Usahawan. Petugas PEDi mengedarkan risalah dan brosur PEDi kepada penduduk sekitar kebun tersebut.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Meningkatkan pemasaran produk madu kelulut usahawan.

  • Membantu usahawan untuk mengembangkan produk ini dalam e-dagang dan digital platform yang lain.

  • Merancang latihan yang keusahawanan sesuai dan kompeten kepada usahawan.

  • Meningkatkan penggunaan perkhidmatan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH BIL.1/2022

Tarikh 15 Januari 2022
Masa 2.30 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei (Google Meet)
Peserta   : 14 orang petugas PEDi Kluster Mukah dan Dalat
Tujuan 

1. Membubarkan AJK Kluster 2019-2021.

2. Menubuhkan AJK Kluster yang baharu bagi tahun 2022-2024.

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik.

4. Membincangkan hal-hal lain.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini dilakukan untuk pembubaran ahli lama tahun 2019-2021 dan pemilihan AJK Kluster baru bagi tahun 2022-2024.

Pengerusi : Marcos Jalak
Timb. Pengerusi : Syntiana Manyin
Setiausaha : Siti Aisyah Nasri
Bendahari : Mohd Farkhan

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.
  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat.
  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.
  • Memperkasakan peranan PIK melalui video-video yang mampu menarik orang luar mengetahui produk-produk pelancongan yang ada di daerah Mukah dan Dalat.

Gambar Disini