PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS KEPADA PESERTA LATIHAN ICT DAN DIGITAL (KATEGORI DEWASA) 2022

Tarikh : 9 Mac 2022
Masa : 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Encik Marcos Anak Jalak. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan. 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


LAWATAN KE PREMIS USAHAWAN PEDI DAN PENYERAHAN SURAT JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM XPO USAHAWAN MIKRO 2022

Tarikh : 13 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi sehingga 10 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu usahawan mikro yang dibimbing PEDi dengan melihat keperluan lain untuk permohonan bantuan.

2. Menjemput usahawan terlibat dengan program yang memberi mereka manfaat dari segi penyediaan dana, inisiatif dan bantuan perniagaan.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas menyerahkan borang pendaftaran dan sedikit taklimat program Xpo Usahawan Mikro yang bakal diadakan pada 26hb Mac 2022.Selain itu, petugas mencatatkan keperluan-keperluan usahawan dan mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan sambil menyerahkan surat jemputan untuk menyertai Xpo Usahawan Mikro 2022 anjuran bersama Mukah Youth Information & Innovation Centre (MYTIC) dan PEDi Kluster Mukah dan Dalat.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Mengambil maklum isu-isu usahawan dalam menjalankan perniagaannya.

  • Menjemput usahawan untuk menyertai ekspo usahawan akan meningkatkan jaringan pemasaran produk.

  • Mendedahkan usahawan dengan jenis-jenis bantuan, dana dan inisiatif daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Gambar Disini


PROGRAM XPO USAHAWAN MIKRO “KE ARAH MINDA KEUSAHAWANAN GLOBAL” KERJASAMA MUKAH YOUTH TRANSFORMATION & INNOVATION CENTRE (MYTIC)  DAN PEDi KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Hotel Kingwood, Mukah
Peserta   : 33 peserta usahawan & 14 orang petugas PEDi Kluster Mukah dan Dalat
Tujuan 

1. Untuk memberi peluang kepada usahawan mikro tempatan dan agensi terlibat membincangkan isi-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan.

2. Untuk mendedahkan usahawan mikro kepada bantuan-bantuan yang ada disediakan oleh pihak kerajaan (agensi) bagi meningkatkan keupayaan dan kelangsungan perniagaan.

3. Untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

4. Untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada komuniti luar serta meningkatkan kerjasama  dengan agensi-agensi kerajaaan, NGO dan Swasta bagi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan semasa program tersebut adalah seperti berikut Ceramah Motivasi daripada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Taklimat Bantuan Dana & Inisiatif daripada Agensi Jemputan, Pameran Agensi Jemputan dan Pameran Produk Usahawan, Sesi Interaktif Bersama Usahawan, (KDB, Perkongsian Usahawan  Pengetahuan Am) serta Pendaftaran Ahli Baharu.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Pendedahan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan mikro.
  • Pendedahan untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  • Pendedahan tentang isu-isu dan cabaran dalam aktiviti keusahawanan.
  • Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan PEDi kepada komuniti.
  • Mengukuhkan hubungan kerjasama dengan agensi yang terlibat

Gambar Disini