BENGKEL PEMANTAPAN ICT BERSAMA SARAWAK SKILLS MUKAH

Tarikh : 1 September 2023 & 22 September 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 13 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan latihan ICT kepada pelajar Sarawak Skills.

2. Memantapkan penguasaan dalam bidang ICT seperti kemahiran menaip,tatacara menghantar email serta menyesuaikan penggunaan pelbagai jenis aplikasi dalam bidang pekerjaan yang akan datang.

3. Memperkasakan keupayaan pelajar dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

4. Komunikasi selari dengan dunia informasi yang berkembang pesat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh PEDi Sg Ragei iaitu tergolong daripada pelajar Jurusan Sistem Komputer Sesi 2022 yang seramai 13 orang sahaja. Peserta belajar menaip format surat rasmi, format notis mesyuarat & format minit mesyuarat. Kelas akan datang juga akan membuat menaip format laporan aktiviti untuk ilmu pengetahuan para peserta. 

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan dengan tatacara penulisan laporan, kertas kerja dan sebagainya.

  • Memantapkan kemahiran menaip para peserta dengan menggunakan perisian Microsoft Word.

  • Melatih peserta untuk menggunakan aplikasi bersesuaian selari dengan persediaan ke arah alam pekerjaan kelak.

Gambar Disini


MAHIR ICT : BELAJER KOMPUTER SIRI 3

PRO MAHIRICT 001PRO MAHIRICT 003

Tarikh : 8 September 2023 & 15 September 2023
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei & Bilik Komputer Sarawak Skills Mukah
Peserta   : 74 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

4. Meningkatkan kerjasama antara agensi Mytic dan Sarawak Skills.

   
Aktiviti 

Program ini disertai oleh 74 orang peserta iaitu pelajar Sarawak Skills Mukah dalam jurusan Sistem Komputer, Pertanian & Bidang Jahitan. Pada 8 September 2023, pengajar iaitu Puan Fifiana Binti Matan  mengajar di bilik latihan PEDi Sg Ragei seramai 9 orang pelajar manakala Puan Agatha Wisterina Stephen pula mengajar pelajar di Bilik Komputer Sarawak Skills Mukah. Modul pada hari tersebut adalah Microsoft Word & Microsoft Excel versi 2019/2021/365 yang diguna di komputer yang berlainan. Pada 15 September 2023, penceramah dari agensi Mytic iaitu Encik Tarmizi Karnain mengajar modul Asas Fotografi dan Canva manakala petugas jadi fasilitator untuk aktiviti berkumpulan.

Aturcara Program tersebut :

 PRO MAHIRICT 002

PRO MAHIRICT 004

PRO MAHIRICT 005

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan kerjasama di antara agensi seperti MYTIC dan Sarawak Skills dengan PEDi.

Gambar Disini


KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT

Tarikh : 9 September 2023
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei (Atas Talian)
Peserta   : 5 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

   
Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Peserta boleh menilai dan tahu berkenaan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam urusan pengendalian makanan.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan tatacara penyediaan makanan yang betul dalam bidang penjualan makanan.

  • Memperolehi pengetahuan tentang pengendalian makanan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Memahami faktor-faktor silang yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan.

Gambar Disini