KELAS LITERASI ICT & DIGITAL SESI DISEMBER 2023

Tarikh : 4 Disember 2023 - 13 Disember 2023
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

 Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2021 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PAMERAN KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA FESTIVAL KOKURIKULUM SMK MUKAH 2023

Tarikh : 14 Disember 2023
Masa : 7.30 petang - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 102 orang pengunjung
Tujuan 

1. Meningkatkan kesedaran pengunjung berkenaan dengan penggunaan internet secara bijak.

2. Mewujudkan kerjasama di antara agensi iaitu PEDi dan sekolah.

3. Memberi kesedaran berkenaan dengan kewujudan PEDi di sekitar dan menguar-uarkan kemudahan yang disediakan di PEDi.

   
Aktiviti 

Program ini diadakan atas permintaan pihak sekolah SMK Mukah yang menjemput PEDi Kluster Mukah & Dalat untuk membuat pameran berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada pelajar seluruh SMK Mukah. Selain itu, petugas PEDi juga memberi semangat kepada pelajar dengan mengadakan kuiz untuk dijawab oleh pelajar yang menghadiri ke booth pameran ini.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Memberi kesedaran berkenaan dengan kewujudan PEDi di sekitar dan menguar-uarkan kemudahan yang disediakan di PEDi.

  • Peserta mempunyai kesedaran berkenaan apa yang betul dan salah dalam penggunaan media sosial.

Gambar Disini