KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT EXCEL 2021 SESI JULAI 2024

Tarikh : 1 Julai 2024
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel.

2. Memberi pemahaman asas hingga tahap lanjutan mengenai penggunaan Excel dalam tugasan harian serta aplikasi dalam pekerjaan.

3. Memberi taklimat ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

   
Aktiviti 

Penerangan berkaitan dengan asas Microsoft Excel dan fungsi-fungsi excel oleh petugas lalu memberi latihan kepada peserta untuk melatih diri menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, memberi penerangan ringkas berkaitan dengan advokasi klik dengan bijak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kecekapan peserta dalam pengurusan data dan analisis menggunakan Excel.

  • Membolehkan peserta menghasilkan laporan dan grafik yang berkesan menggunakan Excel.

  • Meningkatkan kemahiran ICT peserta untuk kegunaan peribadi dan profesional.

  • Memberikan pengetahuan asas tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

  • Menggalakkan amalan penggunaan internet yang bijak dan selamat.

Gambar Disini


 MENAIP DENGAN PANTAS: TYPINGTEST.COM

Tarikh : 1 Julai 2024
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran menaip peserta dengan menggunakan aplikasi Typingtest.com untuk latihan menaip.

2. Meningktakan kemahiran dalam mengendalikan komputer dan kemahiran asas ICT kepada peserta.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan ICT terbaik kepada komuniti setempat.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian "Klik Dengan Bijak".

   
Aktiviti 

Kelas ini melibatkan penggunaan platform Typingtest.com untuk latihan menaip yang interaktif dan berstruktur. Peserta diminta menjalankan latihan selama 60 minit dan tahap latihan menaip yang perlu dihabiskan. Di samping itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan keselamatan dalam talian Klik Dengan Bijak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu peserta menaip dengan lebih cepat dan tepat, yang secara langsung meningkatkan produktiviti dalam tugasan harian mereka.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan dalam talian dan memberikan panduan praktikal untuk mengelakkan risiko siber.

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di NADI melalui program latihan dan pembangunan kemahiran yang membantu meningkatkan kebolehan dan kemajuan komuniti.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT PUBLISHER SESI JULAI 2024

Tarikh : 2 Julai 2024
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada antaramuka Microsoft Publisher.

2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher.

3. Merapatkan jurang penguasaan ICT dan teknologi komuniti di kawasan luar bandar dan bandar.

4. Memperkasas peranan NADI sebagai pusat yang membantu komuniti untuk mendapat maklumat yang diperlukan, latihan, dan kemahiran serta perkhidmatan lain yang diperlukan.

5. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengna Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memperkenalkan peserta kepada asas-asas dan fungsi Publisher. Selepas itu, pengajar memberi latihan praktikal kepada peserta  untuk menghasilkan bahan seperti label nama, kalender, sijil dan kad.Selain tu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian, serta memberikan panduan praktikal untuk mengelakkan risiko siber.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Publisher.

  • Membantu meningkatkan tahap kreativiti yang tinggi dalam reka bentuk dan penyampaian maklumat menggunakan Publisher.

  • Menggalakkan amalan penggunaan internet yang bijak dan selamat.

  • Mempromosi peranan NADI kepada komuniti untuk menarik lebih ramai penyertaan untuk menggunakan peekhidmatan yang disediakan di NADI.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MICROSOFT POWERPOINT SESI JULAI 2024

Tarikh : 5 Julai 2024
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan teknik membuat pembentangan yang berkesan.

2. Peningkatan dalam kemahiran ICT dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

3. Memperkasas peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran terbaik setempat.

4. Mempromosi kesedaran berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas berkaitan kelas yang akan dijalankan iaitu menghasilkan slaid. Petugas juga memberi bimbingan cara untuk menggunakan powerpoint dan fungsi powerpoint terutama dalam menghasilkan slaid yang menarik serta memberi latihan kepada peserta untuk pembuatan slaid, tukar dokumen Word ke fail PDF dan Video MP4 seperti yang telah diajarkan. Selain itu, petugas memberi taklimat rimgkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi peserta sekaligus mempelajari kemahiran baru yang boleh meningkatkan keupayaan dalam pencarian peluang pekerjaan.

  • Menggalakkan komuniti untuk melibatkan diri dalam aktitviti yang dianjurkan di NADI.

  • Meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Gambar Disini


PENGENALAN KEPADA INTERNET: AKSES KEPADA INTERNET SESI JULAI 2024

Tarikh : 8 Julai 2024
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pendedahan menggunakan Internet kepada peserta supaya sentiasa peka tentang keselamatan dan privasi semasa menggunakan internet.

2. Merapatkan jurang penguasaan teknologi dan ICT antara komuniti luar bandar dengan kawasan bandar.

3. Memperkasas setiap peranan dan fungsi NADI kepada komuniti setempat.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memberi penerangan berkaitan dengan kelebihan dan keburukan internet kepada peserta lalu memberi penerangan fungsi dan contoh kaedah untuk mengakses internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari, atau Microsoft Edge. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langah keselamatan semasa melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT dan mengendalikan komputer peserta.

  • Meningkatkan kesedaran berkaitan dengan cara untuk mengawal dan menjaga maklumat atau privasi semasa menggunakan internet.

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada komuniti setempat.

  • Menggalakan peserta mengamalkan sikap berhati-hati semasa menggunakan internet dalam kehidupan harian.

Gambar Disini


PENGENALAN KEPADA EMEL & YAHOO

Tarikh : 8 Julai 2024
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penggunaan emel dan perkhidmatan Yahoo.

2. Meningkatkan kemahiran komunikasi digital peserta.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran yang berkualiti kepada komuniti.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memperkenalkan peserta kepada konsep asas emel Yahoo lalu mengajar cara mendaftar akaun emel dan Yahoo.Selai itu, petugas menerangkan fungsi-fungsi utama dalam pengurusan emel dan Yahoo. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan kesedaran awam berkaitan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Peserta telah mempelajari cara untuk mendaftar, mengurus, dan menggunakan akaun emel mereka dengan berkesan.

  • Meningkatkan pengetahuan asas ICT yang sangat berguna dalam era digital.

  • Membantu peserta memahami kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi maklumat peribadi.

Gambar Disini


KELAS ASAS KEUSAHAWANAN: ASAS FOTOGRAFI SESI JULAI 2024

Tarikh : 9 Julai 2024
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan asas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fotografi kepada peserta atau usahawan kecil.

2. Meningkatkan daya saing dan memperluaskan pasaran usahawan melalui penggunaan teknologi digital.

3. Memberikan pengetahuan tentang strategi pemasaran digital.

4. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran ICT dan juga keusahawanan.

5. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI Memperkenalkan konsep asas fotografi. Selepas itu, petugas memberikan kemahiran praktikal dalam penggunaan kamera dan peralatan fotografi lalu membantu peserta menghasilkan gambar yang berkualiti untuk keperluan perniagaan. Selain itu, sedikit penerangan tentang bagaimana teknologi boleh meningkatkan kecekapan perniagaan dan taklimat ringkas berkaitan keselatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan teknologi dalam mengembangkan perniagaan.

  • Meningkatkan kemahiran penggunaan platform perniagaan atas talian.

  • Membimbing usahawan dalam mencipta dan menguruskan kedai atas talian.

  • Memberi kesedaran berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Gambar Disini


KELAS ASAS KEUSAHAWANAN: POSTER (CANVA) SESI JULAI 2024

Tarikh : 9 Julai 2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Mengajar usahawan kecil cara menggunakan Canva untuk membuat poster pemasaran yang menarik.

2. Membantu usahawan kecil meningkatkan kemahiran pemasaran visual.

3. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya visual yang menarik dalam menarik minat pelanggan.

4. Meningkatkan jualan produk melalui poster yang dihasilkan.

5. Memberikan panduan praktikal untuk mengelakkan risiko keselamatan dalam talian melalui taklimat ringkas Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Penerangan mengenai platform Canva dan fungsinya oleh Pengurus NADI. Memberi bimbingan cara untuk mengedit gambar menggunakan Remove.bg.com. dan membimbing cara mendaftar dan log masuk ke akaun Canva. Selepas itu, latihan praktikal dalam mereka bentuk poster untuk pemasaran produk. Petugas NADI juga mengajar cara memuat turun poster dalam pelbagai format seperti JPEG, PNG, PDF & video lalu membimbing cara pengiklankan poster dalam media sosial dan saluran pemasaran lain. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mempertingkatkan kemahiran pemasaran visual peserta menggunakan Canva.

  • Peserta menyedari pentingnya visual yang menarik dalam menarik minat pelanggan dan meningkatkan jualan.

  • Peserta belajar cara menggunakan poster yang dihasilkan dalam strategi pemasaran mereka.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Gambar Disini