MELAYARI INTERNET SECARA POSITIF SAMBIL BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama : Mohd Noor Azmir bin Mohd Shazilli
Umur : 62 tahun
Ahli : 2014 (PI Jebungan)


Latar belakang

Beliau berasal dari negeri Perak. Setelah berkahwin dengan isterinya, beliau terus menetap di Mukah. Bekerja di beberapa IPD sebelum ini sebagai Konstabel Polis. IPD terakhir tempat bertugas ialah di IPD Mukah sebelum beliau bersara 4 tahun yang lepas.

Setelah bersara, beliau ada masa yang lebih untuk berehat dan memberi dapat memberikan perhatian kepada keluarga. Di samping itu, beliau juga mempunyai masa terluang untuk mempelajari pelbagai perkara-perkara baharu.

Pada masa lapang, beliau menghabiskan masa untuk menonton TV dan melayari Internet. Beliau suka menonton Youtube. Selain menonton drama dan filem, melalui Youtube juga peserta dapat melihat berita-berita semasa yang berlaku setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau baharu menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2014. Sebelum ini beliau tidak begitu mengenali Pusat Internet dan perkhidmatan yang ada terdapat di Pusat Internet. Sekitar bulan September 2017 beliau akhirnya pergi ke Pusat Internet Sungai Ragei untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Beliau seorang yang suka melihat perkembangan semasa sama ada di luar mahupun dalam negara. Selain perkara politik belaiu juga gemar dengan info-info lain seperti sukan, sejarah, ekonomi dan sebagainya. Namun demikian, beliau sebelum ini hanya mendapatkan maklumat melalui telefon pintar yang kadang kala agak membebankan kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan pra bayar melalui data internet yang bagi beliau agak mahal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau suka menggunakan perkhidmatan Internet di Pusat Internet Sungai Ragei kerana bayarannya berpatutan dan tempatnya selesa.  Bukan itu sahaja, kelajuan internet di sini juga amat memuaskan dan memudahkan beliau melayari Youtube.

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher. Selain itu, beliau juga mendapat latihan daripada petugas Pusat Internet untuk membuka akaun email dan laman sosial Facebook. Namun begitu, beliau belum ada perancangan untuk memiliki akaun Facebook secara rasmi.

Selain itu, petugas-petugas Pusat Internet turut memberikan latihan menggunakan Youtube. Antara bimbingan yang diberikan oleh petugas ialah cara-cara memuat turun dan memuatnaik video dan cara-cara berkongsi video Youtube dalam laman sosial yang lain.

Bagi beliau, melalui bimbingan petugas-petugas Pusat Internet, tahap kemahiran ICT dapat dipertingkatkan kerana modul-modul yang diajar oleh mereka sesuai dengan keupayaan peserta. Selain itu, kemahiran ICT pengguna juga dapat dipertingkatkan melalui tutorial-tutorial yang boleh dilayari di Internet. Melalui kaedah visual ini, memudahkan beliau mengetahui dengan mendalam mengenai perkara yang kita ingin buat.

Contohnya, beliau telah memuat turun resipi mee goreng Cina yang mahu dipraktikkan oleh isterinya yang ada menerima tempahan daripada kedai-kedai catering.

IMG20180316090136

IMAGE1

img5

IMAGE2