BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6

Nama : Supang Spencer
Umur : 18 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Berasal dari Limbang dan meerupakan lepasan sekolah di SMK Lawas, Cik Supang yang kini berusia 18 tahun mengikuti ayahnya yang bekerja di Mukah sejak setahun yang lepas.  Ayahnya bekerja di sebuah syarikat industri logistik di Mukah berhampiran dengan Pusat Internet Sungai Ragei.  Beliau menggalakkan anak-anaknya untuk belajar ICT di Pi Sungai Ragei memandangkan keperluan hari ini terhadap kemahiran ICT dan kebetulan rumah mereka tidak jauh dari Pi.  Hasil galakkan ayahnya, Supang mendaftarkan diri sebagai ahli Pi pada 7 Januari 2019 dan memulakan pembelajaran ICT di Pi sehingga hujung bulan Februari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Supang mempunyai asas dalam ICT hasil ilmu yang ditimba semasa bersekolah di sekolah menengah.  Namun begitu, beliau memasang impian untuk menambahkan lagi kemahiran dirinya terutama dalam bidang ICT untuk dijadikan bekal ketika memasuki pengajian yang lebih tinggi ataupun menghadapi dunia pekerjaan suatu hari nanti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kemahiran ICT Cik Supang dapat ditingkatkan setelah 2 bulan mengikuti kelas yang dikendalikan petugas-petugas Pusat Internet. Antara modul yang telah tamat dipelajari ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher. Selain itu, atas inisiatif petugas, turut diajarkan kepada beliau ialah kemahiran tambahan seperti penggunaan asas peranti Adobe Photoshope. Beliau kini lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan cita-citanya kerana telah berjaya selangkah ke hadapan dalam mempertingkatkan kemahiran diri. 

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher pada 8 Januari-28 Februari 2019.  Selain itu, Cik Supang juga amat berminat untuk mempelajari Adobe Photoshope yang merupakan sesuatu yang baharu bagi beliau.  Kini beliau telah berjaya mempraktikkan semua kemahirannya dan dapat membantu ahli keluarga yang lain untuk belajar tentang kemahiran ICT.

Bagi Cik Supang, pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Sungai Ragei amat baik dan berkesan kerana bersesuaian dengan keperluan semasa.  Bukan sahaja menekankan aspek teori malahan tumpuan turut diberikan kepada praktikal atau ‘hands-on’ dan ini meudahkan beliau lebih memahami dengan lebih cepat modul yang diajar. Selain menghadiri sesi kelas yang formal, beliau juga mendapat bimbingan tambahan di luar masa kelas kerana mempunyai laptop.  Selain mahir menggunakan PC/Komputer yang sedia ada di Pi, beliau juga turut menambahkan kemahiran menggunakan laptop.  Bimbingan untuk menguasai kemahiran menggunakan laptop juga diberi secara percuma dan ini telah memudahkan beliau belajar ICT.

ss1ss2ss3

ss4

ss5