KEUSAHAWANAN : LATIP'S COLLECTION

Nama : Encik Abdul Latip Bin Mohti
Umur : 49 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Encik Latip menjalankan perniagaan butik yang berkonsepkan pakaian tradisional Melanau sejak puluhan tahun.  Busana pakaian Melanau yang dihasilkan beliau sudah terkenal di pelosok Sarawak.  Pada tahun 2019 ini, buat julung kalinya Encik Latip mencuba sesuatu rekaan yang baharu untuk diketengahkan iaitu baju batik.  Uniknya rekaan batik yang dihasilkan bersama rakan-rakan usahawan lain di Mukah ini bukanlah seperti batik canting yang biasa tetapi dihasilkan menggunakan ekstrak sagu yang dikenali sebagai Linut atau Ambuyat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti pembuatan Batik Linut sebelum ini agak kurang dari segi promosi dan hebahan kepada dunia luar.  Masyarakat setempat dan pelancong pun masih kurang jelas mengenai produk tekstil baharu ini.  Oleh kerana itu, maklumat dari segi kos pembuatan, kos operasi, dan harga jualan batik ini masih terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas Encik Latip menghebahkan penglibatannya dalam aktiviti penghasilan batik Linut ini, sedikit demi sedikit masyarakat tempatan dan juga pelancong mengetahui selok belok pembuatannya.  Hasil promosi dan hebahan melalui media massa seperti suratkhabar, liputan stesen televisyen dan media sosial, masyarakat secara tidak langsung mengetahui proses pembuatan dan operasi menghasilkan batik ini.  Ini sekaligus dapat memberikan gambaran kepada pelanggan akan harga batik linut ini apabila ianya ditawarkan di pasaran kelak.  Kini, Encik Latip telah menjual batik linut ini di premis butiknya iaitu di Latip’s Collections dengan harga yang berpatutan.  Hasilnya, pendapatan Encik Latip ketika ini telah bertambah kira-kira 30 peratus setiap bulan.

Pihak Pi melalui halaman laman sosial, Facebook kluster Pusat Internet yang dinamakan Menarik di Mukah dan Dalat telah sedaya upaya membantu Encik Latip mempromosikan Batik Linut ini ke mata dunia. Melalui halaman ini, masyarakat luar telah didedahkan dengan teknologi penghasilan batik yang baharu dan lebih membanggakan, batik ini ialah produk tempatan dan diusahakan juga oleh anak tempatan. 

Pihak Pi dan pasukan Kluster Mukah telah berjumpa dengan Encik Latip bagi membincangkan kaedah terbaik untuk terus mempromosikan batik linut di premis butik beliau. Beliau telah bersetuju dengan beberapa perkara mengenai urusan promosi dan fokusnya ialah dalam media sosial. Para petugas secara sukarela tanpa ada caj tertentu memberikan bantuan dari segi mempromosikan batik linut ini dalam laman sosial Facebook Menarik di Mukah dan Dalat yang kini sudah mencapai jumlah pengikut seramai kira-kira 14,000 orang.

 

BENGKEL KEUSAHAWANAN BATIK LINUT

EnAbdulLatip 003   EnAbdulLatip 002  EnAbdulLatip 001  EnAbdulLatip 004 

 

GAMBAR FACEBOOK DAN PENGHASILAN JUALAN BATIK LINUT

EnAbdulLatip 000

Batik linut 3

EnAbdulLatip 005   EnAbdulLatip 006  EnAbdulLatip 007

EnAbdulLatip 008