KEUSAHAWANAN : AJAKCUT BARBERSHOP MUKAH

Nama : Encik Harish Abdullah
Umur : 23 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Harish Abdullah merupakan anak watan Mukah yang berasal dari Kampung Tellian.  Beliau merupakan antara belia Bumiputera yang terawal mengasaskan kedai gunting rambut di Pasar Mukah.  Sebagai bekas pelajar kemahiran daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Kuching dalam bidang Grafik, beliau telah menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk membuka perniagaannya sendiri.  Bermula dengan mengambil upah mereka grafik kecil-kecilan sehinggalah kini beliau mampu membuka kedai gunting rambutnya sendiri, Ajakcut Barbershop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Ajakcut Barbershop mula dibuka pada tahun 2016 dengan lokasi premis terletak di Pusat Kegiatan Belia Mukah.  Pada mulanya, beliau mempromosikan kedai gunting rambutnya dengan membuat brosur sendiri dan mengedarkannya di tempat-tempat yang strategik seperti kawasan pasar tumpuan ramai, sekolah-sekolah dan kampung-kampung berdekatan.  Pada masa itu, beliau baru habis belajar di PPKS Kuching dan belum begitu aktif dalam promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hasil nasihat daripada pihak Pusat Internet, Encik Harish telah membuka laman sosial Facebook khas yang dinamakan Ajakcut Barbershop.  Sebelum ini beliau banyak mempromosikan kedai gunting rambutnya dalam Facebook peribadi.  Dengan cara ini, strategi pengiklanan dan promosi dapat dijalankan dengan lebih terancang dan terurus. Nama Ajakcut Babershop semakin dikenali dan beliau mendapat ramai pelanggan hasil pengiklanan dalam Facebook yang ternyata berkesan.  Kini, beliau telah berjaya membuka 2 cawangan dengan pekerja seramai 8 orang dan pendapatannya juga melonjak 100 peratus.

Pihak Pi melalui halaman laman sosial, Facebook kluster Pusat Internet yang dinamakan Menarik di Mukah dan Dalat telah sedaya upaya membantu Encik Harish mempromosikan Ajakcut Barbershop Mukah ke luar.   Di samping itu, petugas juga memberikan tips mempromosikan halaman Facebook beliau dengan menggunakan teknik boosting page untuk mendapatkan pengikut lebih ramai.

Pihak Pi dan pasukan Kluster Mukah telah berjumpa dengan Harish untuk membuat video tentang kisah kejayaannya dan perkongsian beliau membuka perniagaan gunting rambut termasuk kebolehan lain seperti menjadi pengacara, menyanyi di samping bakat berlakon.  Melalui kerjasama projek video ini, Facebook milik perniagaan Ajakcut Barbershop semakin ramai pengikut dan telah meningkatkan kesedaran jenamanya sendiri.

FACEBOOK PAGE : AJAKCUT BARBERSHOP MUKAHAjak3

Ajak4

Ajak1

Ajak2

Ajak5

SEMASA CERAMAH KEUSAHAWAN PADA HARI BERSAMA KOMUNITI DI PI KG SG RAGEI