BELAJAR MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER), BENGKEL UPU ONLINE DAN e-CAREER

Nama : Cherry Lam Kit Lee
Umur : 18 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Cik Cherry merupakan ahli Pusat Internet yang aktif menggunakan kemudahan disediakan terutama untuk tujuan akademik.  Beliau selalu datang ke Pusat Internet untuk fotokopi, mengimbas sijil-sijil, membuat kerja rumah dan mencari maklumat untuk subjek matapelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebagai pelajar sebuah sekolah menengah di Mukah, beliau sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah dan jarang-jarang dapat belajar ICT di Pusat Internet secara khusus. Setelah tamat Tingkatan 5 pada tahun lepas, beliau terus mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet termasuk program UPU Online dan e-Career.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau semakin yakin dengan keupayaannya dalam ICT apabila kerap menghadiri kelas ICT.  Kini beliau tiada masalah untuk menggunakan Microsoft Word untuk menaip resume dan surat permohonan sendiri. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Internet kerana telah banyak membantu sehingga beliau mendapat keputusan yang membanggakan dalam SPM 2019. 

Petugas telah menyediakan jadual yang tersusun dan mengikut keperluan Cik Cherry. Petugas mengutamakan modul-modul pembelajaran yang belum dikuasai dan telah menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta. Selain itu, Pusat internet memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran.  Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

cherry1

cherry2

cherry3

Bengkel UPU Online dan e-Career pada 11 & 13 Mac 2020 telah diadakan di Pusat Internet Sungai Ragei.  Bengkel ini bertujuan untuk membantu lepasan SPM mengisi UPU dan bimbingan karier.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pusat Internet.