KEUSAHAWANAN : SISTER BEAUTY SALOON (SBS)

Nama : Puan Noor Yana Binti Abdul Rahman
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Yana telah menubuhkan Sister Beauty Saloon (SBS) sejak 12 tahun yang lepas.  Sebelum ini, nama perniagaan SBS dikenali sebagai Mukah Mobile Saloon.  Ini kerana Puan Yana bertemu pelanggan secara bergerak ataupun tiada premis perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2015, Puan Yana pernah mengadakan kelas solekan di Pusat Internet Sungai Ragei dan juga beberapa agensi yang lain.  Mempunyai kepakaran dalam bidang solekan atau make-up, membuatkan permintaan terhadap produk perusahaan dan perkhidmatannya semakin bertambah.  Pada masa tersebut beliau mampu meraih pendapatan sekitar RM1000-RM1500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sejak menubuhkan premis perniagaan sendiri dan penjenamaan semula kepada Sister Beauty Saloon pada 2018, perkhidmatan dan perusahaan Puan Yana semakin bertambah.  Kemahiran solekan dan perkhidmatan kecantikkan wanita yang dimiliki beliau dan pekerjanya membuatkan SBS semakin dikenali.  Pada masa ini, Puan Yana juga aktif membuat FB Live dan menggunakan media sosial lain untuk mempromosikan butik kecantikkannya.  Kini pendapatan Puan Yana tidak kurang daripada RM3000-RM4000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pusat Internet juga mengadakan bengkel dan mendaftar akaun Shopee. Pihak Pi menawarkan kelas bimbingan secara percuma sekiranya beliau datang ke Pi untuk belajar ICT.  Selain itu, beliau juga mendapat tips-tips percuma melalui channel Youtube dan softcopy modul keusahawanan yang disedakan oleh Pi. Menggalakkan Puan Yana sentiasa mengemaskini perkembangan jualan produk-produknya dalam platform Shopee.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mukahhomebasesaloon/

FB SBS

SBS 05

SBS-011

SBS-012

SBS 02

GAMBAR TERSEBUT SEMASA PUAN YANA TELAH MENGIKUTI BENGKEL KEUSAHAWANAN YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI RAGEI.

SBS 03

SBS 04

 

PERALATAN KECANTIKKAN YANG DIGUNAKAN DI SISTER BEAUTY SALOON (SBS) OLEH PUAN YANA DAN PEKERJANYA.

 

SBS 06

HASIL KERJA TANGAN PEKERJA SBS DAN PUAN YANA.