CELIK IT : ADIK VENNESSA GELANG ANAK IJAU

Nama : Adik Vennessa Gelang Anak Ijau
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Adik Vennessa berumur 10 tahun dalam Darjah 4 di Sekolah Rendah St Patrick, Mukah.  Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dan pintar di sekolahnya.  Di rumah, beliau juga suka menolong ibu bapanya.  Apabila ada masa terluang, beliau bersama kakaknya Linda selalu datang ke Pusat Internet untuk melayari Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Oleh kerana bilik sewa keluarga adik Vennessa berdekatan dengan Pusat Internet, petugas menggalakkan beliau dan kakaknya untuk belajar ICT.  Tambahan pula, ketika Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan, kedua-duanya belum masuk sekolah dan ada masa yang lebih untuk belajar ICT di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sesuai dengan peringkat umur adik Vennessa, petugas telah memberikan latihan ICT bagi meningkatkan kemahiran di luar bilik darjahnya.  Beliau sangat teruja dan seronok dapat menggunakan kemudahan komputer dan Internet di sini.  Kadang-kadang, beliau turut mengajak kawan-kawannya yang berdekatan Pusat Internet untuk belajar bersama.  Pada awal Julai 2020, adik Vennessa berjaya menghabiskan modul latihan asas ICT.

Petugas telah menyediakan jadual yang tersusun mengikut keperluan dan kesesuaian peserta. Selain itu, petugas mengajar asas-asas penggunaan komputer dan perisian komputer serta menyediakan latihan pengukuhan subtopik untuk meningkatkan pemahaman peserta. Pihak Pusat Internet juga memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran.  Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

VENN 01 

VENN 02   VENN 04

VENN 05    VENN 07

VENN 08     VENN 03

Dalam bengkel ini, Adik Vennessa mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet.