CELIK IT : PUAN STELLA ANAK DAVID

Nama : Puan Stella Anak David
Umur : 25 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Stella merupakan seorang surirumah.  Beliau berhasrat untuk bekerja di mana-mana agensi atau syarikat yang boleh menawarkan jawatan seperti kerani dan pembantu operasi.  Beliau ada kemahiran asas komputer, namun memilih untuk terus belajar ICT di Pusat Internet Komuniti (PIK) bagi menambahkan kemahiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memandangkan beliau ada memiliki komputer riba, beliau boleh menguasai asas-asas ‘word processing’ dengan mudah.  Namun demikian, kemahiran secara formal lain seperti menulis surat rasmi, membuat resume, membuat slid pembentangan dan rekabentuk grafik masih lemah dan memerlukan bimbingan yang lebih lanjut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan yang dianjurkan oleh pihak PIK, Puan Stella semakin mahir dan mampu menguasai dengan baik Microsoft Office.  Kemahiran menggunakan perisian ini sudah tentu akan memberi keyakinan dan kelebihan kepadanya apabila mula mencari pekerjaan dalam bidang-bidang tersebut kelak.

Beliau boleh mendapatkan bimbingan secara maya melalui video konferensi yang menggunakan ‘google meeting room’ dan aplikasi Zoom.Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja.  Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office.Menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta.Memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran. Beliau boleh datang ke PIK pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

   search01  word02

     excel02  excel03  

Dalam bengkel ini, Puan Stella mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet. Peserta, Puan Stella David sedang menyiapkan tugasan modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, Power Point & Publisher.

stella

Puan Stella menerima sijil penyertaan kursus Microsoft Office 2010 (Word, Excel, PowerPoint & Publisher) yang diberi oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PIK.