KEUSAHAWANAN : INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN EMILIA BINTI ROBERT TRAWIS

Nama : Puan Emilia Binti Robert Trawis
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Emilia merupakan seorang jurutera komputer di syarikat Sarawak Energy Berhad.  Beliau merupakan anak ke-3 daripada empat orang adik beradik.  Kini beliau menetap di Kuching bersama suaminya yang turut bekerja di syarikat yang sama dan menjalankan perniagaan sampingan produk kecantikan jenama Mary Kay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2018, beliau kurang yakin dengan pelawaan rakannya untuk berkecimpung dalam perniagaan pemasaran berperingkat (multilevel marketing) untuk mempromosikan jenama produk Mary Kay.  Malahan beliau yang selalu sibuk dengan tugas jarang dapat meluangkan masa untuk meluaskan jualan menggunakan platform media sosial.  Hasil pendapatan beliau sebelumnya ialah RM0-RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mengambil keputusan untuk lebih serius dalam berniaga produk kecantikan ini dengan meluaskan promosinya dalam platform media sosialnya iaitu Facebook dan Instagram.  Setelah meningkatkan kemahiran melalui kelas-kelas secara atas talian oleh syarikat dan juga bantuan Pusat Internet, beliau berjaya meningkatkan jualan dan keuntungan dalam masa 6 bulan sahaja pada tahun 2019.  Kini beliau telah bergelar Independent Beauty Consultant dengan pendapatan sekitar RM2500-RM3000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pihak PIK menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Emilia dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. Ia juga menggalakkan Puan Emilia untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya serta memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, pihak PIK juga membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/emilia.r.trawis

INSTAGRAM PERSONAL : https://www.instagram.com/_maya_emilia/

emi 2

emi 4

emi 5

emi 1

emi 3

emi 6

PRODUK KECANTIKKAN MARY KAY YANG ADA PADA PUAN EMILIA.