KEUSAHAWANAN : JUNIOR BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN ELIANA BINTI ROBERT TRAWIS

Nama : Puan Eliana Binti Robert Trawis
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Bekerja di sebuah syarikat ladang komoditi sawit di Miri menyebabkan beliau tidak banyak masa yang boleh dibahagikan oleh Puan Eliana.  Beliau bekerja sebagai QC atau Pengawal Kualiti produk minyak sawit.  Pada tahun 2019, beliau telah dipelawa oleh kakaknya sendiri untuk bekerjasama menjalankan perniagaan produk kecantikan Mary Kay.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Situasi pekerjaannya yang jauh dari kawasan bandar agak menyukarkannya mencari prospek pelanggan.  Puan Eliana hanya mampu untuk mempromosikan barangan Mary Kay kepada penduduk setempat dalam kawasan ladang itu sahaja.  Pada peringkat permulaan, pendapatan yang diperoleh oleh beliau sekitar RM0-RM100 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beliau belajar kemahiran baharu dalam perniagaan Mary Kay, beliau semakin mendapat keyakinan.   Beliau boleh melakukannya walaupun berada jauh daripada prospek pelanggan.  Beliau terus menerus mempromosikan produk-produk Mary Kay dan kini beliau ialah Junior Beauty Consultant dengan pendapatan sekitar RM100-RM5000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pihak PIK menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Eliana dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. PIK menggalakkan Puan Eliana untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya dan memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, PIK membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/siwart.anaile

yana-5

yana-4

yana-2

yana-3

yana-6

yana-1

Antara produk yang laris dijual oleh Puan Eliana ialah pembersih muka dan serum pelembap Mary Kay.